Ramadhan Tiba Lagi..
Hari ni hari ke -16 umat islam berpuasa. Ya, sudah agak lama aku tak menulis di sini. Semuanya kerana kesibukan kerja dan diri aku yang tak berapa stabil kerana masih dalam mood untuk membiasakan diri dengan environment baru di Bulan Ramadhan pada kali ini.
Ini kali pertama aku berpuasa di Kuala Lumpur dan berada dalam persekitaran baru iaitu pejabat dan dalam bangunan tertutup dan ber air - cond. Sebelum ini aku hanya mengajar di kelas tentang kenegaraan tetapi kini aku berada dipejabat dan melakukan kerja - kerja seumpamanya. Aku sedaya - upaya membiasakan diri tapi kelainan suasana sangat - sangat terasa.
Permulaan puasa badan aku amat lemah dan sangat mengantuk. Bila aku tengok rakan - rakan sepejabat yang lain juga seperti itu baru la aku rasa tenang.. ia adalah normal... ^_^. Tapi hari ini dah ke 16 Ramadhan maka badan aku juga makin serasi. Malah bersembahyang Terawih 23 rakaat sekali dengan solat sunat witir berjemaah membuatkan diri ini makin bertenaga dan cergas. Kalau tidak sebelum ini diri ini amat lemah dan tidak bertenaga... Alhamdulilah. Melakukan solat terawih membuatkan hati aku semakin tenang dan aku rasa sangat bahagia kerana masih diberi peluang dan masa untuk aku melakukanya... Alhamdullillah.
Bulan ini adalah bulan yang amat aku cintai dan aku sangat sedih bila ia akan berlalu. Aku dapat rasakan kedamaian apabila aku berada di bulan ini. Di bulan ini aku banyak memohon keampunan dan berdoa apa yang aku hajati.. InsyaAllah jika berdoa dengan hati yang suci an ikhlas.. Allah swt akan memakbulkan doa itu. Aku telah merasai setiap doa aku itu dimakbulkan oleh Tuhan yang Satu. Aku rasa sangat dekat denganya aku aku akan sentiasa berdoa dan terus berdoa memohon keampuanan dari Nya yang Maha Esa.
Comments
Post a Comment