Cerita aku dan Kasturi Walk - Wau Bulan


Hari ini baru berpeluang untuk menulis sebab terlalu sibuk dengan keje. Hari ni pun aku masih bekerja tapi dari rumah.. kena siapkan keje sebab nanti aku ada komitmen lain minggu depan. Masuk je tahun ni, penuh dengan bulan2 yang mencabar kesabaran aku. Namun aku teruskan hidup dan usaha. Segalanya ini aku percaya ada hikmahnya. Disebabkan itu juga hari ini baru lah aku berpeluang untuk berkongsi cerita dan gambar tak profesional aku dan suami ketika aku di Central Market, Kuala Lumpur.

                          

Dah agak  lama aku dan hubby tak jalan2. Tetapi Sabtu minggu lepas dia ajak aku berjalan - jalan di KL tapi kali ini  menaiki bas dari Putrajaya Sentral ke Central Market. Aku ikut aje. Sekali sekala best juga. Dah agak lama aku tak naik bas.



Yang ni aku snap sebab aku rasa ia sgt comel

Nampak je kecik tapi sebijik RM200++... Kreatif & seni yg halus

Sampai di Central Market (CM), aku dan suami terpegun seketika. Wah! Nampaknya CM telah megalami perubahan. Ia kini diserikan dengan  Kasturi Walk. Lama juga aku melihat tanda mercu Kasturi Walk tu, cantik! Membuatkan aku teringat akan kampung halaman ku, Kota Bharu, Kelate. Mana taknya, ia menggunakan simbol Wau.....  yg bagi aku tempat itu bermakna penyatuan hasil kraftangan dan kegemilangan buatan seni tangan tempatan.... amboi, tinggi sungguh bahasa yg aku gunakan untuk meletakkan taraf seni tempatan negara kita. Setelah aku selidiki rupanya Kasturi Walk ni baru saja dilancarkan pada19 Februari lalu untuk mengubah imej kawasan tersebut. Apa - apa pun kami enjoy bersiar - siar di dalam Pasar Seni yang telah sekian lama tidak dilawati.



Comments

  1. salam. tumpang tanya,dekat kasturi walk tu ade tak pengusaha wau berniaga disitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, terima kasih kerana sudi baca dan memberi respon pada blog saya ni. Ebtry ni saya tulis pada tahun lepas dan saya tak pasti ada org jual ke tak wau kat sni.. tapi kalau ada comfirm saya akan ingat dan letak gambar cantik2... so, rasanya mmg takder.. harap maklum..

      Delete

Post a Comment

Popular Posts