Sains Transformers : Keterujaan Melampau
Kegilaan aku pada Transformers
Dua hari lepas.. selepas aku dan suami selesai check up perut aku yang semakin membesar ^_^... kami berdua meneruskan aktiviti hari itu dengan menonton movie yang aku paling minati... Transformers Dark Of The Moon. Ini kali pertama kami terpaksa menempah tiket 3 hari sebelum kerana semua 'full booked'. Tapi kerana minat punya pasal, aku tunggu dengan sabar.. tapi penantian aku itu tidak sia- sia.. walaupun tiket wayang citer ni lah yang paling mahal kami beli tapi cerita ini memang mencapai kepuasan aku sepenuhnya.... aku tak sangka citer Transformer kali ni sangat hebat... dengan version 3D @_@ aku boleh rasa yang Autobot sgt dekat dengan aku.... impak 3D tu buat aku kagum dan kegembiraan menonton mencapai tahap maksima. Tak dapat nak gambarkan teknik persembahan pengarah Micheal Bay ni difikir oleh aku untuk hasilkan movie sehebat ini.
Dua tiga hari sebelum aku menonton citer ni, aku ada terdengar khabar angin yang mengatakan movie ni kurang power berbanding episod sebelum ni... tapi selepas aku menonton.. aku terfikir, apakah kekurangan citer ini yang dikhabarkan oleh mereka. Aku tak dapat mengesannya..... mungkin keterujaan aku menonton cerita ni melangkaui semua gosip yang tak betul tu.....hehehehehhe.. sorry beb... this is historical movie for me!!!
Kekaguman aku bertambah lagi bila keluar artikel mengenai movie ni dalam sebuah akhbar tempatan... apa yang aku rasa semasa tengok movie ni... memang betul punya... lagi best!!!!
Teknik 3D RM91.5 juta hidupkan Transformers: Dark of The Moon
DEMAM Transformers melanda semula ketika ini berikutan kemunculan sekuel terbaru dinantikan ramai - Transformers: Dark Of The Moon yang menggegarkan panggung, Rabu lalu. Secara logiknya tema yang dipaparkan seakan tidak masuk akal - manusia bekerjasama dengan robot untuk menyelamatkan dunia. Namun di layar perak, segala-galanya tidak mustahil. Jadi, ketepikan soal logik kerana ia bukan penarik utama penonton memenuhi pawagam sebaliknya pelakon dan jalan cerita lebih menjadi perhatian manakala bagi filem aksi, kesan khas lebih mencuri tumpuan.
Buktinya, ia menjadi paksi atau kekuatan filem terbaru ini yang menggunakan teknik tiga dimensi (3D) yang memberikan lebih kepuasan. Impaknya, adegan pergaduhan idea pengarah Michael Bay, menggunakan sepenuhnya kelebihan 3D bagi menghidupkan adegan peperangan antara robot dan manusia lebih realistik bagi mengikat penonton di tempat duduk sehingga filem tamat.
Penulis yang berkesempatan menonton filem berkenaan pada malam pembukaannya, Rabu lalu, mengakui ulasan terdahulu mengenai kecanggihan 3D yang menjadikan adegan letupan, tembakan dan serpihan yang melayang-layang seolah-olah berlaku di depan mata.
Paling menakjubkan - adegan luncur udara yang kelihatan amat hidup dan meyakinkan dengan sudut pandangan filem berkenaan pula boleh dikategorikan sebagai amat mengagumkan. Malah, bukan saja penulis, barisan penonton yang menyaksikan tayangan itu turut bangun menepuk tangan di akhir cerita tanda puas dengan sekuel terbaru filem sains fiksyen berkenaan.
Buah tangan terbaru Bay kali ini bukan calang-calang kerana filem paling ditunggu-tunggu itu dilabelkan sebagai filem 3D paling baik malah mengatasi apa yang pernah dilakukan oleh pengarah James Cameron menerusi Avatar.
Menariknya, Cameron yang bersusah payah meyakinkan Bay menggunakan 3D dalam filemnya. Selepas memutuskan untuk menerima nasihat itu, Bay mengambil masa sembilan bulan untuk mengkaji teknologi itu, mengupah pasukan 3D Cameron untuk Transformer yang terus melangkaui sempadan 3D menerusi filem ini dan membelanjakan jutaan dolar membina kamera mudah alih untuk dibawa ke Chicago, lokasi filem berkenaan.
Paling mengesankan adalah adegan terjun daripada helikopter yang dirakamkan Bay menggunakan pelakon sebenar, dengan salah seorang daripada mereka memakai kamera 3D di kepala ketika melakukan aksi itu.
Keberkesanan 3D dalam filem kali ini membuatkan semua mulut terdiam dan tiada siapa mengkritik Bay kerana kos yang digunakan untuk Transformer 3. Ketika menafikan laporan filem ini menelan kos AS$400 juta (RM1.2 bilion), dia mengakui memusnahkan 532 kereta ketika penggambaran.
“Saya tidak mahu memberi kenyataan mengenai bajet tetapi saya berterus-terang kepada Paramount, amat mahal merakamkan filem dengan 3D, dan mereka agak terkejut dengan harga itu,” katanya.
Bagaimanapun, Bay memperuntukkan sebanyak AS$30 juta (RM91.5 juta) untuk kesan visual 3D saja daripada jumlah kos keseluruhan sebanyak AS$195 juta (RM595 juta). Teknologi 3D yang diguna pakai Bay membawa robot Transformer seolah-olah hidup yang tidak pernah dibuat dalam filemnya sebelum ini.
Penggunaan 3D menambahkan elemen kehadiran fizikal yang hilang daripada dua filem awal Transformer dan penonton seolah-olah dapat merasakan robot gergasi bergerak di sekitar skrin dan bercampur dengan manusia serta persekitaran dengan lebih baik berbanding sebelum ini. Penggambaran gaya 3D turut membolehkan semua maklumat terperinci fizikal robot kelihatan menonjol dan menjadikan ia seperti karektor hidup.
Pemilihan Chicago sebagai lokasi penggambaran turut memberi kesempatan kepada penduduk negeri itu untuk menyaksikan kehebatan filem berkenaan yang paling ditunggu kemunculannya di pawagam.
Sumber : Berita Harian
Comments
Post a Comment