Ramadhan Kareem yang Meriah..
Hari ini genap 10 hari umat Islam berpuasa.. Alhamdulilah, aku syukur pada Tuhan kerana memberi aku kekuatan untuk meneruskan ibadah berpuasa semasa kehamilan ini. Walaupun ada beberapa cabaran yang mesti aku hadapi, setakat ini aku masih mampu untuk melaluinya.... Syukur kepada Tuhan. Malah, bulan Ramadhan ini membuatkan aku bertenaga dan bertambah ceria. Diserikan lagi dengan beberapa majlis berbuka puasa dirumah ku... membuatkan hati ini bertambah gembira.
"Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesiapa yang merasa gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan, Allah mengharamkan jasadnya dari jilatan api neraka (Riwayat Bukhari)"
Layanlah tetamu ini sebagaimana kita melayan kehendak tetamu yang datang bertandang ke rumah kita. Jika tetamu kita menyukai sesuatu makanan atau masakan, maka kita sebagai tuan rumah akan menyediakan makanan mengikut selera mereka. Ini juga merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. dimana Baginda menyuruh kita memberi makan mengikut apa yang disukai oleh tetamu. Jika tetamu Ramadan mahu kita menjaga mulut, mata, telinga dan kaki tangan daripada melakukan perkara keji dan maksiat, maka kita akan menurut kehendaknya dengan mengawal nafsu.
Walaupun pada hakikatnya, ia menambahkan kepenatan.. namun aku rasa sangat gembira dapat berkumpul bersama rakan - rakan sepejabat dan kawan - kawan lama semasa belajar di UKM dulu. Bila berkumpul, banyak cerita yang nak dikongsi dan aku juga tahu perkembangan kawan - kawan aku. Ada cerita sedih dan ada cerita gembira. Lagipun, sudah bertahun kami tidak berkumpul sebegini. sejak tamat pengajian pada tahun 2006 baru sekarang kami dapat berkumpul. Mana aku tak seronok... Walaupun yang datang hanya beberapa orang tapi itu sudah bertuah bagi aku.
Sebenarnya aku percaya, tetamu yang datang ke rumah kita bukan datang semata - mata untuk makan tetapi mereka datang bersama rahmat untuk keluarga kita. Kerana itu kita haruslah melayan dan menghormati tetamu kita.
Suatu masa dulu, time aku kecik - kecik.. aku pernah bagitahu mak yang aku tak suka tetamu yang datang ke rumah sebab bagi aku mereka mengganggu aku tapi mak cakap tidak elok aku berkata sebegitu kerana tetamu yang datang ke rumah kita membawa rahmat kepada kita... sejak itu baru aku faham kenapa kita mesti mengalu - alukan tetamu di rumah kita dan menghormatinya... dan aku juga mengikut suruhan Rasul yang amat aku sayangi... seperti sabda Rasullullah...
Rasulullah SAW bersabda :
1. "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendakla ia memuliakan tamu-tamunya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menjaga hubungan silaturrahimnya, dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata baik (benar) atau lebih baik diam." (HR. Bukhari Muslim)
2. "Apabila masuk tetamu pada satu keluarga (rumah), maka dimurahkan Allah rezeki keluarga itu, dan apabila tetamu itu keluar, maka Allah mengampuni dosa-dosa keluarga itu." (HR. Dailami dan Anas)
3. "Sesungguhnya apabila tetamu masuk pada rumah orang mukmin, maka Allah limpahkan 1000 berkah dan 1000 rahmat pada ahli rumah tersebut." (Durratun Nasihin, hal 22)
4. "Barang siapa memberi makan terhadap saudaranya sesama muslim yang sesuai dengan keinginannya, maka Allah mengharamkan dia dari api neraka." (HR. Hakim)
5. "Sungguh, secepat-cepatnya sedekah yang diterima Allah ialah menghidangkan (oleh seseorang) akan makanan yang baik, kemudian ia suruh saudara-saudaranya untuk menikmatinya." (HR. Ibnu Abu Dunya)
6. "Sesungguhnya, malaikat selalu mengucapkan selawat atas seseorang, selama hidangannya masih tersedia." (HR. Hakim dan Tarmizi)
Comments
Post a Comment