Dunia Baru.. Putrajaya

View dari tingkap bilik ofis baru ku
Akhirnya setelah sabar menanti selama 11 bulan akhirnya Pejabat tempat aku bertugas berpindah jua ke Putrajaya. Jika tidak dari Disember 2010 aku terpaksa berulang alik dari Putrajaya  - Kuala Lumpur dan melalui higway MEX sepanjang 88km(pergi balik) setiap hari. Terpaksa bangun seawal 5.30pg setiap hari dan memandu bergilir - gilir bersama teman ku yang juga tinggal di Putrajaya.

Dari awal tahun lagi aku dah kuatkan hati untuk bersabar dengan keadaan yang aku alami sepanjang tempoh itu. Penat memandu jauh dan terlekat dalam kesesakan terpaksa aku terima dan menerbitkan juga rasa tertekan sekali sekala tapi aku hadapi juga kerana itu adalah pilihan aku. Sehinggalah aku berbadan dua barulah aku merasakan tekanan yang semakin menekan dan beban tugas yang memaksa aku mengelakkan diri dari membuat kerja lebih dari waktu kerja biasa.

Tapi aku memang jenis yang gila kerja dan kerana itu ada masa aku terpaksa balik lewat malam seorang diri. Jika diikutkan risiko yang aku ambil amat tinggi kerana aku hanya seorang wanita tapi demi tugas dan amanah yang telah diberikan kepada aku, sekiranya aku mampu aku akan lakukan. Banyak kenangan pahit dan manis aku sepanjang aku menetap di Putrajaya tetapi bekerja di Kuala Lumpur. Namun kini, aku bersyukur kerana akhirnya doa aku dimakbulkan. Akhirnya, Pejabat aku berpindah juga ke Putrajaya dan mengurangkan sedikit beban hidup seharian hidup ku. Alhamdulilah!

Comments

Popular Posts