Kita Bersama



Doakan semoga ikatan cinta kami berdua akan berkekalan hingga ke Akhir hayat


Alhamdulilah..alhamdulilah... alhamdulilah... itulah ungkapan yang lahir dari hati apabila melihat kalendar pada  hari ini. Teringat pada 3 Julai 2010, jam 11.30pg lafaz akad nikah yang dilafazkan oleh Amir Faisal menjadikan Nadiya Haneem sebagai suri hatinya. Dua tahun berlalu dan hari ini  3 Julai 2012 tarikh yang tiada makna apa - apa pada insan lain tetapi hanya pada aku, dan suami... Hari ini genap 2 tahun pelayaran kehidupan kami sebagai suami isteri dan telah dieratkan lagi dengan kehadiran seorang permata yang menyinari keluarga kecil ini.



Kehadiran Awra Nashrullah yang menjadi penyeri hidup kami


Cabran kehidupan sentiasa ada dan melingkari kami berdua tapi itu lah yang menambahkan kematangan kami. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kami berdua hambaNya yang lemah ada masa lalai dan melayan amarah di dalam hati kecil ini. Ada masa kami berbincang, ada masa kami bertengkar kecil ada masa kami sakitkan hati masing2 dan banyak juga masa kami sentiasa mengembirakan hati kami berdua, bermanja - manja, ceriakan hati dan hari dan bersama - sama mudahkan urusan kami seharian. Bagi aku inlah yang dipanggil RUMAHTANGGA.

 Sehingga hari ini, hati ini sentiasa bersyukur dengan jodoh yang telah Allah ciptakan untuk aku... Amir Faisal, seorang insan yang sangat sabar melayani kerenah aku dan anak.. sangat prihatin dengan kesedihan dan kegembiraan aku... sanggup berkorban untuk aku dan anak,  rajin menolong menguruskan pondok kecil kami yang serba sederhana. Aku akui kami hanya keluarga sederhana yang baru memulakan tapak untuk membina keluarga yang bahagia... Tika aku menulis entry ini, jangtung tiba - tiba berdegup kencang dan air mata mengalir dengan tenang... mungkin ini tanda cinta dan kasih aku padanya yang telah Allah hadiahkan untuk kami. Tiada RM dan MATERIAL yang dapat  aku hadiahkan kepadanya untuk apa yang telah dia korbankan untuk kami sekeluarga.


 Buat Abang Tersayang... Amir Faisal,

Di sini, di ruangan maya ini saya ingin mengucapkan TERIMA KASIH di atas segala PERGORBANAN yang telah abang lakukan. Sesungguhnya saya amat bersyukur kerana kita dapat BERSAMA dengan penuh rasa HORMAT dan TOLAK ANSUR antara satu sama lain. Tiada apa yang saya harapkan cuma semoga KELUARGA kecil ini akan sentiasa bahagia dan KEKAL HINGGA ke AKHIR HAYAT.  Selamat Ulang Tahun Kedua Saya sayang abang.

Comments

Post a Comment

Popular Posts