Gembira Bersama dan Bermaaf -Maafan Di Hari Yang Mulia
Hari ini, 28 Ramadhan.. dan aku masih di pejabat... menyelesaikan tugasan yang masih bersisa. Walaupun banyak dan agak serabutkan otak aku yang kecil ni... namun aku sabar juga meneruskan tugas ini... Inilah antara dugaan di bulan yang berkat ini... Subhanallah. Kawan - kawan di pejabat pulang ke kampung sorang demi sorang... itulah suasananya bila dah bakal tiba bulan Syawal yang akan menjelma... Aku doakan semuanya akan selamat semasa dalam perjalanan pulang ke kampung... Bila makin ramai yang tiada.. makin sunyi pejabat... makin membuak - buak perasan aku untuk balik ke kampung.. walaupun balik ke rumah mertua.. hati tetap gembira... apatah lagi kaau dapat balik Kelate.. mau melompat aku kegirangan...( hahahahha... macam budak2 la pulak aku ni....)
Ok lah, di sini aku ingin berkongsi ilmu dengan korang semua... mengenai perkara2 sunat yang digalakkan lakukan di pagi raya... jom baca :
1) Mandi sunat hari raya sebelum keluar menunaikan solat sunat
Aidil fitri.
Ulama besar Tabien Said Bin Jubayr berkata : “Tiga perkara
sunnah di hari raya iaitu antaranya : mandi sunat sebelum keluar solat hari
raya”.
2) Menjamah makanan sebelum keluar.
Ia berdasarkan hadith dari Anas Bin Malik yang diriwayatkan oleh
Al-Bukhari yang menyebut : “Nabi SAW tidak keluar di pagi hari raya idil fitri
sehinggalah Nabi SAW menjamah beberapa biji kurma…”
3) Memperbanyakkan Takbir
Seharusnya umat Islam jangan terlalu di sibukkan dengan aktiviti
persiapan raya sehingga meninggalkan peluang takbir ini. Ini adalah penting
bagi syiar Islam selain kalimah Takbir yang dibenci oleh Syaitan. Ad-Dar Qutni
melaporkan bahawa apabila Ibn Umar r.a keluar di hari raya Idul Fitri, beliau
akan berterusan bertakbir sehinggalah imam keluar untuk mengimamkan solat hari
raya.
4) Mengucapkan selamat dan mendoakan antara satu sama lain.
Tiada masalah untuk menggunakan apa jua kalimah, asalkan ianya
mempunyai maksud yang sama. Bagaimanapun, kalimah yang digunakan di zaman
baginda SAW adalah “Taqabbalallahu minna wa minkum” ertinya : Semoga Allah
menerima amalan (amalan dan ibadat di Ramadhan) kami dan kamu”.
Disebut dalam sebuah riwayat :
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda “taqabballahu minna wa minka”, baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka”
( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )
Ertinya : Berkata Wathilah, Aku bertemu Rasulullah s.a.w pada hari raya dan aku katakan pada baginda “taqabballahu minna wa minka”, baginda menjawab : Ya, taqabbalallahu minna wa minka”
( Al-Baihaqi, rujuk perbincangan di Fath Al-Bari, 2/446 )
5) Memakai pakaian terbaik yang ada.
Walaupun demikian, perlulah mengikut kemampuan dan tiada
pembaziran dibenarkan.
Tidak dibenarkan untuk menghina pakaian orang lain yang kurang
indah dan mahal (kecuali pakaian seksi dan tidak menutup aurat memang di
haramkan di dalam Islam).
6) Menukar jalan ke tempat solat (balik dan pergi).
Ia berdasarkan hadith dari Jabir r.a yang menyebut bahawa Nabi
SAW biasanya menukar atau berbeza jalan pergi dan pulang apabila di hari raya”
(Riwayat Al-Bukhari)
7) Berziarah dan merapatkan hubungan baik sesama Muslim sempena
musim cuti yang diperolehi.
Comments
Post a Comment