Teknik Mudah Bersalin


nampak sangat ini bukan pic Awra ek.. ni pic dari google

Alhamdulilah, hari ni genap usia kandungan ku minggu ke 37 atau 9 bulan 8 hari. So, semalam aku g check up, doc scan sekali lagi dan keputusannya baby ok, kepala dah berada dibawah ala- ala dh sedia nak kuar la kononnya.. dan semalam memang ternampak telurnya dengan jelas dan itu bermakna kami akan dapat hero seorang lagi.. alhamdulilah, hero ke puteri ke... kami terima semuanya. Air ketuban aku dalam keadaan baik dan aku minta doc check due terbaru.. dan hasilnya due telah berubah kepada 3 Mac 2013 beza seminggu dengan due yang doc bagi sebelum ini 7 Mac 2013. So, bagi aku maklumat itu sangat penting sebab aku memang kena bersedia dan dah bercuti beberapa hari sebelum 3/3/13 sebab mengikut perancangan aku akan bersalin di Kota Bharu, Kelantan. Aku berdoa semoga semuanya seperti yang dirancang tapi sekiranya bb mau kuar awal.. pun kami kena terima jugak.. jadilah dia anak Pahang pun ok jugak... tapi aku selalu berdoa agar dia akan kuar di Kelate nanti.. Insya-Allah.

Jadi bila dah 9 bulan ni.. aku makin ligat la mencari ilmu untuk kelahiran anak kedua ni. So, entry aku kali ni aku nak berkongsi dengan korang semua teknik - teknik mudah bersalin yang telah aku amalkan semasa aku bersalin anak pertama dan aku akan teruskan pada kelahiran kali ini. Semoga apa yang dikongsikan di sini akan menjadi panduan juga pada ibu-ibu yang akan bersalin nanti.. ingat shring is caring..

BANYAKKAN MENGAJI DAN BERDOA

Semasa hamil, aku digalakkan oleh org sekeliling aku agar selalu mengaji dan baca beberapa surah yang akan memudahkan untuk aku bersalin nanti. Aku ikut je.. perkara2 yang baik ni dan sepanjang aku hamil anak pertama hingga anak sekarang memang aku amalkannya. Hasilnya, anak pertama memang tiada ragam menangis dan sangat mudah untuk diuruskan tak seperti sesetengah bayi yang asyik menangis je.Amalkanlah dan korang akan nampak hasilnya. Antara surah yang aku selalu dan hari2 aku baca antaranya :

Surah Al-Fatihah – untuk terang hati dan kuat ingatan.
Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
Surah Luqman – Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
Surah Yusuf – Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
Surah At-Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
Surah An-Nahl – Untuk melahir anak yang berdisiplin.


SENAMAN
Bila aku dah dekat nak bersalin aku minta petua dari kawan - kawan dan ramai jugak yang menasihatkan aku agar banyakkan bersenam. Jadi, masa anak pertama tu aku agak kekok untuk bersenam tapi bila masa aku sakit nak bersalin anak pertama aku masih lakukan senaman.. semuanya untuk cepatkan bukaan. Dan, percayalah sememangnya jika kita amalkan senaman ni memang jalan cepat terbuka dan mempercepatkan proses bersalin.. alhamdulilah. Antara senaman yang aku amalkan ialah (ini pun carian di internet) :

Senaman Kegel (Kemut)

Senaman ini baik untuk kulit / otot vagina supaya lebih kenyal, dengan itu otot boleh mengembang dengan   lebih baik apabila proses kelahiran bayi. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot yang menyokong rahim dan untuk menjamin keintiman hubungan suami isteri. Senaman ini boleh dilakukan di mana saja. Salah satu daripada senaman kegel adalah dengan menahan air kencing separuh jalan, dan kira sampai 10 (atau 10 saat) dan baru dilepaskan bakinya..yang ni baik juga untuk suami..sebab sekarang ramai yg kena kanser prostat, senaman ini dpt mengurangkan risiko.
 
Tailor Sitting

Kebaikannya
Posisi ini dapat meregangkan otot di paha dan pelvis. Dapat memperbaiki postur badan. Melembutkan sendi pelvic. Memperbaiki peredaran darah ke bahagian bawah badan.


Kaedahnya:
Duduk di atas lantai dengan belakang badan anda tegak. Temukan tapak kaki, pastikan lutut anda mencecah lantai. Anda akan terasa regangan pada bahagian dalam paha. Lakukan senaman ini setiap kali anda duduk di lantai. Jika sukar untuk duduk dalam posisi ini, sandar pada dinding dan alas setiap paha anda dengan bantal/kusyen.

Pelvic rock


Kebaikannya:
dapat meregangkan otot-otot di bahagian bawah belakang dapat mengurangkan sakit belakang.

Kaedah
Posisi diri anda dalam keadaan seperti merangkak. Perut/belakang rata. Naikkan perut/belakang anda seperti posisi kedua. Tunggu beberapa saat. Rehatkan perut anda semula, ratakan kedudukan perut / belakang. Ulang beberapa kali, sebaik-baiknya 10 kali.


Wall slide


Kebaikannya:

Mencangkung semasa hampir bersalin dapat membantu membuka laluan dengan lebih cepat. Tetapi ia agak meletihkan terutamanya tanpa latihan. Cuba senaman ini sebagai latihan. 


Kaedah:
Berdiri dan sandar belakang anda pada dinding.  Kangkangkan sedikit kaki anggaran jarak bahu anda. Turunkan badan anda ke bawah (slide down) sehingga anda dalam kedudukan seperti duduk di atas kerusi. Tahan beberapa saat. Naik ke atas semula. Ulangi beberapa kali. 10 kali sebaik-baiknya. Anda juga boleh melakukan senaman ini tanpa dinding.

PERNAFASAN SEMASA NAK BERSALIN

Pengalaman aku semasa nak bersalin memang haru biru.. bab bernafas ni sebab bila aku dalam kesakitan menahan kontraksi aku lupa semua teknik pernafasan tapi naseb baik nurse ajar pada aku masa aku tengah menahan sakit. Tapi aku memang tak boleh nak ikut sebab aku sangat neves masa tu tapi naseb baek dan aku sangat tak jangka yang suami boleh mengajar aku teknik2 pernafasan masa kontraksi dan meneran. Rupanya dia pun dah standby siap2.. dia dah belajar kat internet cara penfasan tu. Masa tu aku rasa syukur sangat mempunyai dia sebagai suami disebelah ku.. aku ikut perlahan - lahan apa yang huby ajar walaupun agak susah untuk aku follow di saat itu. Teknik Pernafasan masa nak bersalin ni sangat penting kerana  ia akan memudahkan kelahiran bayi dari rahim kita. Terdapat 3 tahap senaman bila kita mula rasa sakit nak bersalin seperti dibawah.. amalkanlah untuk memudahkan korang bersalin nanti. Aku galakan korang selalu buat senaman pernafasan ini semasa hamil lagi untuk membiasakan korang dengan teknik pernafasan ini. Cuba bayangkan situasi ketika saat ingin melahirkan dan buatlah latihan pernafasan seperti berikut:

Early labour breathing (mula rase sakit/start contraction)
Tarik nafas Bernafas dengan panjang dan berlahan-lahan melalui hidung dan hembus melalui mulut..masa menghembus lebih panjang..

Active stage breathing (contraction makin kerap n makin sakit)
Mula bernafas melalui hidung dan lepas melalui mulut. Apabila contraction makin kerap, ambil nafas pendek dan cepat untuk kurangkan kesakitan.  Apabila contraction hilang (contaraction atau sakit akan berulang dalam dalam tempoh-tempoh tertentu) ambil nafas panjang melalui hidung dan lepas melalui mulut. Apabila contraction terasa semula bernafas seperti tadi, pendek dan cepat.

Second stage breathing( kepala bayi dah berada di laluan bukaan)
Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, kerana oksigen akan masuk dengan banyak berbanding melalui hidung..tahan nafas, dekatkan dagu ke dada dan baru push smbil lepas nafas perlahan-lahan dengan satu nafas supaya bayi tak tersekat dan betul-betul keluar. Teran tanpa mengeluarkan suara dan sekiranya kehabisan nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemua nafas, terus tarik nafas semula. Ini bagi mengelakkan bayi masuk ke dalam semula.
 

BERTENANG DAN BERTAWAKAL

Bila dah mula rasa sakit nak bersalin kita disarankan jangan neves sebab perasaan itu akan menghilangkan segala ilmu yang telah korang pelajari untuk mudah bersalin dan ia akan jadi sebaliknya dan merumitkan lagi keadaan yang sepatutnya mudah. Semasa sakit bertenang dan bertawakal... fikir walau macam manapun baby tu mesti keluar jugak.. jadi, tawakal sepenuhnya. Jangan berhenti berzikir dan ingat kekuasaan Allah. Segala yang kita alami ini adalah dari kuasaNya jadi mohon lah kekuatan dariNya. Masa aku sakit nak bersalin mulut aku memang tak lepas dari berzikir.. sedikit pun aku tak menangis dan menjerit .. walau pun hanya Allah sahaja yang tau sakitnya melahirkan anak pertama tapi aku berjaya laluinya tanpa setitik pun air mata.. sebaliknya doc, nurse dan suami galakkan aku untuk membaca doa Nabi Yunus ketika baginda dalam perut ikan. Aku memang tak berhenti menyebutnya sehingga lah aku bersalin.

 Ù„ا Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ Ø£َÙ†ْتَ سُبْحانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ّÙ‰‏ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِمينَ

“Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim”


SOKONGAN DAN PERKONGSIAN DENGAN SUAMI

Yang ini korang faham- faham lah... banyakkan berbincang dengan suami tentang kelahiran dan bertuahlah korang jika dapat huby yang sangat memahami tentang kelahiran dan memberi sokongan sepenuhnya pada korang masa bersalin nanti. Pengalaman aku, sebelum bersalin, aku banyak berbincang dengan huby tentang cerita orang bersalin supaya dia faham apa yang akan dialami oleh kita yang akan melaluinya. Walaupun peranannya sebagai penyokong tapi sebenarnya huby kita lah yang akan menjadi tunjang kepada kejayaan kita untuk bersalin nanti.. tanpa peranan huby, aku rasa aku tidak akan mampu untuk melaluinya saat2 yang paling berharga tu keseorangan. Masa aku bersalin dia yang berada di sebelah menahan lutut aku agar aku tak angkat bontot dan tempat aku memangku semasa meneran. Dia yang mengajar aku teknik bernafas yang betul dan berjaya menenangkan aku menghadapi pengalaman pertama bersalin itu.

So, itulah antara perkara - perkara yang penting semasa bersalin nanti. Aku harap sangat ini akan menjadi panduan pada korang yang akan bersalin nanti.. jika semua kita dah lakukan.. seterusnya tawakal lah padaNya kerana semuanya kerana Dia. Percaya pada kekuasaanya... ingat, kita hanya merancang dan Allah yang akan tentukan. Jadi, aku berdoa kepada ibu - ibu diluar sana semoga anda akan selamat melahirkan dan kedua - duanya akan selamat hendaknya. Insya-Allah.


Comments

  1. Tq kerana berkongsi maklumat ini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana baca entry ni.. dan saya harap anda akan aplikasi kan nya bila dh nk bersalin nanti..

      Delete
  2. sangat brguna.tkasih sharing.inshaAllah sy akn amalkan.skrg tgh tggu hari utk bsalin ank sulung.edd 15.7.mmg nervous.tq again ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam...

      terima ksih kerana sudi membaca untuk menambahkan ilmu. segala yang saya kongsikan di sini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri... alhamdulilah, memang saya bersalin dengan cepat dan mudah. Alhamdulilah. segalanya ketentuan Dari Nya.. semoga puan juga akan selamat melahirkan.. ammmeenn..

      Delete
    2. sy 18hb 7...balik kerja nanti nk try buat..hehehe..terima kasih

      Delete
  3. Alhamdulillah.. smg Allah pmdahkn urusn sume bkl ibu y akan bersalin juga.. thanx 4 d info. :-)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian. Saya sedang menunggu hari. Semoga semuanya dipermudahkan.Amin..

    ReplyDelete
  5. Teruja sangat bila baca entry ni. Lagi2 teruja bilamana sy tgh tgu hari jugak. Should be today is my due. Tnda2 nk deliver dah mmg ada. Yg sedihnya, my huby nak keluar kota. Outstation. How I wish dia fhm akan keinginan sy nak dia ada dgn sy masa nak deliver bby. :(

    ReplyDelete
  6. Nak minta izin copy paste boleh.... nak viralkan.... mmg bagus info ni...TQ

    ReplyDelete
  7. masa nk bersalin dulu.. xpernah buat senaman.. hehehehe..sbb xthu..stakat lebihkan berjalan jek...


    jemput berkunjung ke blog saya
    www.mrskeciksangat.blogspot.com.

    ReplyDelete
  8. Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Kurangkan risiko di jahit selepas bersalin. Penting untuk ibu yang mengandung anak sulung, supaya nanti senanglah nak meneran. Baby besar pun tiada masalah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts