Zat Susu Ibu
Salam semua... agak lama jugak dah aku tak sempat nak membebel kat blog ni.. biasa la, aku bekerja dan itulah pintu rezeki yang aku ada. So, jika ada masa lapang baru aku berkesempatan untuk menulis. Ok, hari ini aku nak share dgn korang semua tentang cara nak mengubati puting susu ibu jika ia terluka.
Ok, masa aku melahirkan anak kedua, masa dalam pantang, so aku memang menyusukan afiq sepenuhnya. Afiq menyusu dengan sangta kerap dan masa aku masih lagi sakit bersalin.. tambah pulak dengan sakit puting... puting susu aku merekah dan berdarah.. masa itu aku tak pasti sebab apa ia jadi macam tu, so bila anak ke3 baru aku tahu.. rupanya jika salah cara menyusukan anak.. memasukkan puting.. jika kita tak masukkan semua kawasan araelo puting tersebut.. itu punca luka pada puting.
So, berbalik pada sakit tersebut.. aku googgle... sebab dh tak tahan sangat.. mcm2 aku cuba buat tapi tak berhasil. Akhirnya aku terjumpa satu blog ni.. dia share cara di pulihkan luka dengan menggunakan susu ibu itu sendiri... aku cuba sejam selepas itu, dengan kuasa Tuhan, memang hilang terus luka tersebut. Subhanallah.. betapa sucinya air susu ibu itu, sehingga dapat menghilangkan luka yang dah berhari - hari aku menahan sakit.
Caranya, jika puting susu korang luka.. kamu picit puting kamu, lalu keluar la air susu yang putih tu.. amik dengan jari dan terus sapu di puting kamu.. sapu dikeseluruhan puting.. percayalah.. ia akan hilangkan luka tersebut.. maka hilanglah rasa sakit. So, pendekatan aku selepas itu, bila selesai menyusukan anak.. aku akan picit puting hingga keluar susu dan sapu susu tersebut pada puting dan sejak itu.. tiada lagi luka aku alami...
Sejak dari itu, aku memang sangat percaya pada susu aku sendiri berbanding dengan susu formula. Aku mula faham kenapa susu ibu penting pada bb kita. Betapa, banyaknya zat yang terdapat pada susu dari badan kita.. hinggakan boleh menyembuhkan luka. Jadi pada ibu2 diluar sana.. susukanlah anak2 anda dengan susu kami sendiri.. Jika kita tak memulakan beri susu formula pada anak2 kita.. insyaAllah susu kita akan mencukupi.. kerana sehingga kini.. saya masih meneruskan penyusuan susu sendiri pada bb saya yang dah menjangkau 7 bulan pada bulan ini. Doakan saya semoga saya mampu menyusukan dia sehingga umurnya 2 tahun.
wasalam.
Salam,
ReplyDeleteMy name is Norain from ZALORA Malaysia. I would like to offer you to do a collaboration with us. Feel free to drop me an email at norain@my.zalora.com
Thanks :)