Bila Kekasih Hati Buat Kejutan






Salam semua.. 

Aku nak kongsi satu cerita dengan korang.. citer ni berlaku beberapa bulan yang lepas.. Pada suatu hari tetiba suami ajak keluar.. aku sejak anak ramai ni.. memang tiada mood nak jalan sebab kena berperang kalu nak berjalan. Korang tau je lah kerenah anak2 kecik.. buat aku serik.. tapi sebab demi menjaga hatiaku turutkan jugak. Huby cakap nak berjalan - jalan di StarMall, itu je pun yang ada paling dekat dengan tempat kami.. so aku ikut ajer. Dalam kereta tiba - tiba suami tanya nak apa? Aku tanya.. nak apa? Apa? Memang aku tak terfikir.. tiba - tiba huby cakap.. "Sayang fikir nak apa.. cakap je nak apa... nanti abang bayar.." Biar betul.. hati terus membunga.. aku fikir2.. apa ye.. aku nak beli.. so aku rasa kali ni aku nak beli sling beg.. so aku terus ajak huby ke Vincci di StarMall.. masuk.. pilih dengan segera.. (sebab huby tengokkan anak).. terus aku nampak beg coklat yang supercute ni.. dan aku letak kat kaunter.. aku pergi pada huby.. da huby terus ke kaunter.. dan aku terus dapat sling bag tu.. aku xtau ini jenis tote bag ke apa.. yang penting ianya cute,.. sesuai untuk hp dan purse sahaja... sesuai la utk aku.. yang dh ada hangbag semulajadi ni..hehee

Tapi, apa yang penting aku nak cerita di sini ialah.. tak salah kita hadiahkan sesuatu untuk orang yang kita sayang tanda kita hargai kasih sayangnya.. dan aku amat berterima kasih pada suami tercinta kerana memberi penghargaa pada aku... aku amat menghargainya... aku bukan seorang yang selalu meminta.. namun sesekali... seronoknya hanya Tuhan yang tahu.. 

Oh ya.. aku ada cerita menarik nak kongsi dengan korang.. tapi tunggu tau!

Wasalam.

Comments

Popular Posts