Setahun Muhammad Akhtar Na'imullah

Alhamdulilah.. pada 8 Februari 2016 yang lepas genap setahun umur anak ketiga ku yang tersayang Muhammad Akhtar Na'imullah. Tiada kata selain ucap kalimah syukur .. syukur dan syukur pada Tuhan kerana dengan rezeki, dengan berkat dan dengan peluang yang diberikan pada aku dan suami dapat kami membesarkan seorang lagi khalifah kecil di bumi ini. 

Aku sebagai ibu kepada Naim .. aku sangat bersyukur.. aku sangat gembira kerana usia bb kesayangan telah mencecah setahun.. telah setahun pun ia berlalu.. dari saat ia dilahirkan.. dari saat ia disusukan... begitu cepat masa berlalu.. 2015 telah pergi dan Februari 2016 kini menjelma. 

Naim, kini boleh berjalan dan berlari, mulut agak bising. telah mula faham apa yang kita cakapkan. Sekiranya sesiapa melihat dengan mata yang garang atau menaikkan tangan atau mengeluarkan bunyi haaa..! Dia tahu itu bermaksud marah. Makin manja. Sangat lincah cergas dan tak boleh duduk diam. Sangat suka memanjat dan suka menari. Selalu mengikut abam - abam nya dari belakang untuk bermain bersama... walaupun selalu jatuh, kadang - kadang berdarah dan lebam sana - sini. Dia dah terbiasa. Lebih - lebih lagi semuanya adalah satu kumpulan yang sama.. budak lelaki...

Syukur Ya Allah.. Kau kurniakan 3 Anugerah Terindah  pada aku suami dan keluarga kami. Merekalah keluarga.. Mereka lah penawar sunyi.. penguat semangat ... dan bunga - bunga syurga di dunia ini untuk kami.. terima kasih ya Allah.. alhamdulilah..

Wasalam


Comments

Popular Posts