Kuih Onde - Onde
Tiba - tiba hari ini, suami mengidam nak makan kuih onde - onde. Puncanya sebab aku buat playdoh homemade untuk anak- anak. Bila aku dan anak - anak tengah bermain, tiba - tiba suami cakap nampak benda alah tu.. Terasa nak makan onde - onde atau nama lain Buah Melaka. Naseb baik.. Resepinya mudah je.. Dan kebetulan mak mertua aku memang terror buat buat kuih ni... Jadi, tak pasal - pasal buat kuih di malam hari. Sekejap sahaja... Buat kuihnya dan terus ngap! Memang terbaik resepi kuih mak mertua ku...
So.. aku berbesar hati untuk berkongsi resepi... tapi resepi ini aku amik dari Azie Kitchen sebab resepinya sama dengan mak mertua punyer.. sebijik. Bila nak masak aku suka merujuk Azie Kitchen.... resepinya memang menjadi dan ngam dengan apa yang aku masak... resepinya memang hampir sama dengan bahan2 yang aku gunakan.. Jadi kawan2 boleh la mencuba juga.. Selamat mencuba.
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-Bahan:
Tepung pulut - ikut suka berapa banyak
5 helai daun pandan - jus pandan secukupnya
Gula melaka - potong kecil
1/2 biji kelapa muda parut - ambil bahagian putih sahaja
Sedikit garam - untuk gaul dengan kelapa parut
Sedikit kapur
Sedikit garam - untuk gaul dengan kelapa parut
Sedikit kapur
Cara cara:
Bancuh tepung pulut dengan air daun pandan dan air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tak melekat di tangan.
Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka yang dipotong kecil atau dihancurkan supaya ianya betul betul cair semasa direbus. Saya tak suka rasa gula Melaka yang berbiji semasa mengunyahnya. Tutup adunan kemas kemas dan gentel adunan dengan kedua tapak tangan supaya berbentuk bulat cantik.
Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Kalau suka, boleh masukkan daun pandan supaya wangi.
Masukkan bebola tepung tadi dan tunggu sehingga ianya timbul di permukaan air menandakan ianya telah masak dan sedia diceduk keluar.
Tos dan terus masukkan ke dalam pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam. Golek golekkan di atas kelapa sehingga ianya betul betul bersalut. Sedia untuk dihidangkan.
Comments
Post a Comment