Cerita Keajaiban Allah Yang Kedua

Bismilahirahmanirahim

Ya Allah... betapa masa mencemburui aku. Sejak aku berada di tempat baru wpun dah masuk 2 tahun aku berada di sini aku masih belum langsaikan hutang aku untuk berkongsi dengan kawan2 blogger semua mengenai kelahiran anak kedua kami Afiq Naqqiudin.

Kelahiran Afiq Naqqiudin adalah sesuatu yang amat bermakna buat aku. Semasa melahirkannya, banyak pengajaran yang aku belajar tentang kehidupan. Tentang keperitan wanita melahirkan amanah Allah. Kenapa aku kata macam tu? Sebab melalui kelahiran kali kedua inilah mengajar aku erti sabar dan redha yang sebenar. Sepanjang kelahiran Anugerah yang Terindah ini aku diuji sepenuhnya. Dugaan demi dugaan aku hadapi dengan sabar tanpa sekelumit rasa marah sekalipun. Aku juga ingin semua faham, penulisan ini tidak berniat untuk menyalahkan sesiapa tapi berdasarkan kepada pengalaman sebenar aku sepanjang aku melahirkan si comel Afiq.

Al kisahnya bermula pada minggu 38 kehamilan (21 Feb 2013) aku ditugaskan untuk menyelaraskan satu program besar di tempat aku bekerja. Aku dikehendaki menjemput pemimpin komuniti setempat untuk hadir ke program kami jadi sepanjang minggu itu aku bekerja keras wpun, perut dah boyot aku masih bergerak ke hulu ke hilir menyelesaikan tugas dengan penuh komitmen. Pernah terdetik.. mereka ni xnampak ke perut aku yg boyot ni tapi masih beri tugas sebegitu pada aku namun aku redha kerana tugas. Maka pada 23hb Feb tu berlangsunglah program seperti yang ditetapkan.. selepas selesai semuanya aku pun bergerak pulak ke KL menjemput adik ipar bersama kedua mertua menghadiri kenduri sepupu belah suamiku. Majlis diadakan di Bangi.. pergilah aku. Pada malam itu kami sekeluarga berada di rumah adik iparku dan bermalam disitu.. Pada malamnya kami siap keluar makan beramai - ramai.. aku ingat lagi, malam tu kami makan satay di Danau Kota. Lepas tu siap berjalan - jalan lagi di Up Town Danau Kota. Aku ikutkan ajer kerana memang tiada rasa sakit sikit pun. Semuanya masih normal.

Bermula pada 24 Feb 2013 pagi seawal  jam 5.30 aku dah bangun masa tu semua orang tengah syok lagi tidur. Aku mandi dan solat subuh. Ketika mandi tiba - tiba aku rasa sakit rengat (contraction).. aku mmg ingatkan itu adalah rengat (kontraksi) palsu. Aku mandi macam biasa tapi 3minit   rengat datang lagi... aku dah rasa lain macam.. namun aku kuatkan hati masih tiada apa2 sebab due masih ada 2 minggu.. maka mustahil aku akan bersalin skrg... Jam 8pg rengat seminit sekali.. suami nampak kegelisahan aku.. dia bertanya dan aku jawab bukan masa nak bersalin lagi. Adik ipar ada ajak aku ke HKL tapi aku xnak sebab aku lupa bawa buku pink, (kalu pergi mmg akan kena bambu sebab buku pink tu ptg untk ibu hamil)..  rengat makin menjadi. Aku mula rasa tak sedap hati.. maka aku ajak suami balik. Jadi aku balik bersama suami dan Awra.. mertua tak ikut kami kerana ingin menghabiskan masa di KL lagi.

Sesampai di rumah kami di Karak... suami terus ambil beg dan mengajak aku balik ke Kelantan. Masa tu rengat dah hilang.. maka aku yakin itu semua rengat palsu (Braxton Hicks) jadi aku seperti biasa dah sampai rumah, kemas rumah dan boleh  pergi kenduri kawan sekerja yang baru naik rumah lagi. Memang tiada langsung rasa rengat tadi.. balik rumah.. aku minta tolong suami kupaskan nenas 2 biji dan aku habiskan semuanya seorg.. punyalah manis nenas madu yang aku beli (teringin sgt nk mkn).. aku puas hati. Petang tu, aku rasa rajin lain macam.. aku cuci pulak bilik air,  masa tengah syok menyental bilik tandas tiba - tiba aku rasa lain macam .. mcm ada sesuatu yang keluar dari miss V dan aku terus rasa dengan tangan.. Ya Allah, darah! sah.. bloody show telah menunjukkan yang aku memang akan bersalin hari ini. Tiba2 aku rasa ingin menangis sebab aku masih di Karak.. sedangkan kami merancang ingin bersalin di An Nisa', Kelantan.. apa yang aku fikir masa tu... sempat ke nak balik Kelantan? Aku terus terkam pada suami dan terus ajak dia balik. Dia sempat membebel... dah ajak aku balik tapi aku tak nak dari pagi tadi.. srkg dah keluar darah... sempat ke nak balik Kelantan? Aku redha je masa tu.. terus naik kereta...aku ada terfikir.. patut ke aku ke Hospital Temerloh? Atau aku bersalin je di Hospital Bentong? serba  salah dan keliru... tiba -tiba datang satu kekuatan.. balik jugak ke Kelantan. Bergegas la suami aku.. rengat terus menjadi.. makin lama makin teruk.. aku menahan sebaik mungkin..  dalam kereta aku tak berhenti berdoa moga Allah selamat kan bayi dalam kandungan ku.. itu yang paling penting!

Jika nak bersalin di Kelantan.. untuk sampai di Kota Bharu mengambil masa selama 4jam.. itu pun dah laju.. inikan pula aku yang dah bloody show.. masa tu aku memang buntu. Sepanjang jalan suami bertanya aku ok ke tak.. dalam kereta siap lapik dengan kain lagi takut darah bersepah dalam kereta.. dengan Awra lagi yang duk meragam ketika dalam perjalanan.. dugaan betul. Jadi, bila tiba di Kuala Lipis aku minta suami berhenti di Hospital Lipis sebab aku takut apa - apa jadi dengan bayi dalam kandungan ku... so, kami terus ke ruang untuk bersalin dan aku terus berterus - terang dengan nurse di situ yang aku hanya nak cek saja di sini... so nurse terus cek aku ingat lagi masa tu tepat jam 7mlm. Bila nurse cek dah terbuka 2 cm jadi dia memang tak berani nak lepaskan aku...sebab takut bersalin ditengah jalan.. itu memang bahaya untuk aku dan bayi. Alahai.. xdapat aku nak bersalin di An Nisa' Kota Bharu.. aku terus dimasukan ke wad..dipasang CTG di perut bagi memeriksa degupan jantung bayi... alhamdulilah.. semuanya ok.. So, saat itu aku redha dan  menunggu untuk bersalin. Menyesal pun ada sebab berhenti tapi jika tak berhenti aku takut apa - apa yang akan jadi pada kandungan ku. So, suami memang tak dibenarkan berada bersama dengan aku di wad so, dia balik ke rumah mertua untuk hantar Awra pada tok wan dan tok ma sebab memang kampung suami di Kuala Lipis.

Korang taulah bila Hospital kerajaan.. semuanya terhad..so aku terus berada dibawa ke katil.. sakit kontraksi makin lama makin kuat.. aku masih boleh menahan... tapi aku rasa tak selesa sebab suami tiada disebelah..jadi aku kesakitan seorang diri..bila jam 11 malam nurse cek jalan dan dh terbuka 4cm.. haah! cepatnya... aku terus dibawa ke Labour Room.. 1st time aku akan bersalin dihospital gomen.. aku tak tau apa akan jadi pada aku... suami tiada disebelah.. bila jalan terbuka 4cm.. sakitnya bukan kepalang.. aku terus menerus baca dia nabi Yunus.. berzikir dan berzikir , berdoa dan berdoa.... sentiasa menarik nafas untuk kurangkan sakit sambil menahan sakit.. bila aku menahan kesakitan nurse berikan aku sedut gas untuk hilangkan kesakitan namun aku tak rasa pun sakit tu hilang.. sebaliknya aku rasa sangat mengantuk.. namun mana mampu aku nak tidur  kontraksi sangat kuat.. aku rasa kali ini aku tak tertahan sakitnya.. berulang kali aku bagitahu nurse yang aku sakit dan berulang kali jugak nurse berikan gas untuk aku sedut.. sambil - sambil tu aku sempat bersembang dengan nurse - nurse yang menjaga aku.. semuanya masih muda pangkat adik2 pada aku dan ada yang belum ada anak pun ada.. aku perasan yang tiada seorang pun doc malam tu.. dari mula hingga nak bersalin semuanya nurse yang uruskan...rupanya itu hari Sabtu.. so maybe doc cuti rasanya, aku rasa lah.. jadi memang semuanya  nurse yang mengendalikan aku.. aku berserah dan redha.. mungkin ini ketentuan untuk aku... apa pun yang penting aku mesti melahirkan bayi dalam kandungan ku ni.. 

Jam 2.15pg lebih kurang.. aku memang akan ingat masa yang paling berharga ni.. aku rasa macam nak meneran dah... nurse suruh aku tahan.. dan dia cek sekali lagi jalan dan dia kata baru 8cm.. mana boleh teran.. aku kata aku dah tak tahan.. aku rasa nak teran jugak... sempat jugak aku minta nurse izinkan suami aku masuk.. untuk bantu aku bersalin.. agaknya nurse kat situ masih muda dan dia kesian kan aku yang sakit... dia benarkan suami masuk dan memang suami akan dibenarkan masuk masa isteri nk melahirkan agaknya.... bila je nampak muka suami aku terus bersemangat nak meneran.... aku terus pegang tangan suami yang disebelah dan dia berkerut - kerut muka tengok aku yang tengah kesakitan dan aku terus teran... wpun nurse tak benarkan.. jangan teran lagi nurse cakap.. aku kata tak boleh... aku rasa memang ada benda nak keluar dan aku terus teran sekuat hati dan kemudian aku terus dengar tangisan bayi tepat jam 2.36pg,  25 Feb 2013,  lahirlah Keajaiban Allah yang kedua  aku dan suami.. Afiq Naqqiudin, 3.12kg.

Afiq Naqqiudin di hari pertama melihat dunia.


 lepas tu aku kurang pasti apa yang jadi.. aku dah tak ingat sebab kesakitan yang dilalui .. serius kali ni memang tak seperti anak pertama yang sangat mudah dan tiada sebarang masalah dan semestinya doc pakar yang sambut anak pertama.... wpun bukan doc yang sambut untuk anak kedua ini namun aku redha.. lepas tu aku biarkan ajer apa yang nurse buat pada aku.. aku hanya mampu tengok jam.. bayi, nurse terus uruskan dan diberi pada suami untuk diazankan...aku ingat lagi masa aku bersalin da 4 org nurse yang uruskan aku.. jadi nurse uruskan keluarkan uri. Aku rasa masa anak pertama aku tak rasa benda mengorek2 rahim, namun kali ni aku dapat merasainya dan proses mengeluarkan uri juga memberi rasa sakit pada aku.. dan mengambil masa yang lama... jam 3pg dan mula lah sesi menjahit.. aku sempat tanya nurse aku akan dicucuk ubat bius ataupun tidak tapi dia kata memang tak akan bagi ubat bius sebab ubat bius akan tegangkan kulit dan itu akan susahkan sesi menjahit.. Nah, saat itu aku dapat rasakan daging aku dijahit hidup2..setiap kali jarum dicucuk ke daging aku dapat rasakan sehingga bergetar peha aku setiap kali jarum dicucuk pada aku.. aku menahan kesakitan dengan tenang, sabar dan redha sehingga semuanya selesai.

Tepat jam 4pg aku dibawa ke bilik setelah semuanya selesai.. dan bagi aku selesailah sudah siri kesakitan yang aku harus  lalui setelah aku bersalin.. aku rasa sangat syukur semua tu telah berlalu... bila di wad nurse arahkan aku menyusukan bayi.. aku tenung Afiq.. dengan penuh rasa syukur dan terharu.. hanya aku bersama dengannya.. suami tidak dibenarkan bersama.. jadi suami minta izin aku balik ke rumah mertua. Aku perasan yang susu tidak keluar semasa afiq menyusu.. namun bagi aku itu normal bagi hari pertama.. jadi aku bagi dia hisap puting susu ku wpun tiada susu.. jadi afiq menyusu kemudian tidur.. lepas tu aku yang penat dan kesakitan cuba untuk melelapkan mata.. namun aku rasa rahim aku sangat sakit.. dari pinggang hingga ke bawah..bagi aku itu mungkin perkara normal kerana aku baru lepas melahirkan..aku tertidur dan aku dapat rasakan bendalir keluar dengan banyak dari miss V aku.. dan aku rasa itu normal.. aku tak syak apa2.. 

Jam 7pg aku cal suami dan minta dia datang kerana aku tak tahan dengan rasa hanyir dan ketidakselesaan selepas bersalin dan aku perlu mandi. Aku tunggu agak lama dan rasa benda yang keluar dari miss V aku makin banyak.. aku rasakan itu adalah cecair lepas bersalin dan itu normal.. Jadi aku memang buat tak tahu je... hingga jam 9pg baru suami aku dapat naik itupun selepas terpaksa menipu kerana memang guard tak akan benarkan sebarang pelawat. Itulah salah satu sebab aku perlu bersalin di hospital private.. kerana aku sangat perlukan suami disaat sebegini.. saat aku tak mampu nak berdiri sendiri.. menguruskan diri.. aku amat perlukan dia.. Bila dah sedia nak mandi..suami da di sebelah aku terus bangun dan turun perlahan - lahan dari katil.. saat tu aku rasa sangat sakit di bahagian perut bawah dan sangat payah untuk aku bergerak.. bila aku letakkan kaki ke lantai.. saat itu juga darah mengalir ke peha dan betis hingga ke kaki dan lantai.. dengan banyak.. suami terus terkejut.. aku kata normal la tu orang bersalin.. dia jugak terkejut melihat darah yang banyak di atas katil.. terdetik di hati aku.. oh, rupanya yang mengalir keluar dari miss V aku tu darah.. bukan air... namun aku diamkan aja.. suami terus memimpin aku ke tandas dan darah mengalir di setiap tapak kaki aku hingga ke tandas. Aku perasan pesakit yang lain melihat dgn terkejut saat tu.. namun aku tak pedulikan... bagi aku semua tu normal bagi orang yang baru lepas bersalin..suami bantu aku mandi sunat Wiladah lepas bersalin  dan siapkan aku di tandas.. bila aku keluar dari tandas .. nurse dah tukarkan alas katil dan aku terus berehat di atas katil dan nurse terus arahkan suami supaya keluar.. maka terpaksa lah suami keluar... 

Afiq Naqqiudin Anugerah Terindah kedua dalam hidup kami suami isteri.


Panjang kan cerita aku.... memang panjang cerita kelahiran kali ini.. kisahnya akan aku akan ceritakan di page lain... di page Dugaan Itu Untuk Aku cukup lah setakat ini untuk kali ni.. aku kena balik amik anak di taska. so saper yang nak tahu citer aku kena follow lah citer aku di lain hari...wasalam..

Comments

Popular Posts