Aku Dan Pam Susu Elektrik Tommee Tippee

Bismilahirahmanirahim

Assalamualaikum... semua!

Ok, hari ni aku nak bercerita tentang Pam Susu aka Pam Payudara yang aku fanatik sangat - sangat. Aku beli masa aku 3minggu dalam pantang dan Pam Susu Elektrik Tommee Tippee Single ni aku usha sebelum aku bersalin anak kedua lagi.. masa tu aku masih berbelah bagi nak beli yang mana.. yelah, mana tau kut aku mampu nak beli Pam Susu Medela Free Style.. mana la kita tahu kan.. so.. bila aku dh nak buat stok masa dalam pantang.. rasa perlu sangat dah pam susu ni.. jenuh la aku guna pam susu manual Tommee Tippee yang memang akau dah beli masa nak melahirkan anak pertama.. tapi Ya Allah.. penat pulak tangan ni.. lenguh.. nak dapat sikit pun jenuh aku perah.. so nak tak nak.. aku survey - surney dalam google.. baca blog orang lain.. memang macam best gile.. guna pam susu ni.. so aku pun dalam pantang tu.. xleh kuar rumah.. memang beli online je lah.. skrh ni mmg banyak aku buat pembelian melalui internet.. sampai beli barang kemas pun selambe je aku guna online.. (yg tu aku citer lain kali la ek..) So, after payment 2 hari lepas tu sampai la pam susu tu di rumah ayah aku.. (aku berpantang di kampung). Seingat aku pam ni dari butik barang baby di Kedah.. yes..




Inilah sekotak barang pam Tommee Tippee yang sampai ditangan aku. Masa aku beli ni aku dapat harga lebih kurang RM500.00++ termasuk pos laju. Aku pun dah lupa aku beli dari mana.. bila dapat terus guna.. punyer excited.. sekali pam terus dapat penuh satu botol susu.. korang boleh tengok pic kat bawah.. hisapan dia memang sangat lembut.. xsakit langsung...cuma ia single.. bukan double.

Ini enjin nya.. comel kan.. ringan giler.. guna plak point dan juga boleh guna bateri.

Ha.. tengok susu pertama kali aku perah guna Pam Susu Eletrik Tommee Tipee..
Bila dapat tengok susu banyak macam ni sekali perah.. tuhan  je tahu betapa berbaloinya aku beli pam susu ni.. dan aku sangat gembira tengok susu yang banyak ni.. sejak tu aku tak berhenti pam susu.. setiap hari aku pam 3 kali.. sambung dari cuti... hingga naik keje aku pam susu tanpa henti... dan hasil memang banyak untuk Afiq Naqqiudin.. dia pun bukan main comel n bulat.. sebab minum susu ibu.

Close up susu yang diperah menggunakan pam TT.. kalau korang suka tak dapat banyak gini..?
Kalau korang tanya pendapat aku... yang memang giler 'sangat' dengan barang Tomme Tippee.. memang aku akan bagi kata ini pam terbaik.. sebab hisapan dia lembut dari bayi dan perahan susu pun banyak.. cuma bila kita terlampau excited.. kita tak akan nampak kelemahan dia..

Untuk pengetahuan korang aku memang guna pam ni setiap hari dan masa kerja akan akan pam 3 kali sehari.. sehingga satu masa bila genap setahun guna pam ni... bermula la episod.. pam kesayangan aku ni xnak mengepam lagi.. dia jadi loose.. aku cek valve dia mcm dah loose.. saat tu baru aku perasan yang pam tu xda warranty.. so bertungku - lumus la aku mencari warranty nya.. rupanya masa aku beli mmg xda.. bila aku cal tempat beli ni untuk beli valve tu.. dia kata barang Tommee Tippee untuk pam dia memang x ada jual spare part..masa tu aku menyesal sangat2.. mcm mana aku boleh terlepas pandang benda penting macam ni..so, nak tak nak aku kena cari jugak pam susu lain.. so sementara aku pam guna manual TT.. alahai.. jenuh nk penuhkan sato botol.. mmg tak produktif la.. so aku cuba email pada Tomme Tippee United Kingdom.. tanyakan masalah aku.. dia balas email kata memang mereka tak boleh buat apa2 kerana aku di Malaysia.. so aku buntu.. try plak pinjam valve kawan yang guna pam susu tapi jenama lain.. xsesuai.. mmg xleh guna langsung.. 

Masa aku tercari - cari.. kat internet.. baru aku perasan yang Medela da pusat servis dan jugak pam susu yang lain.. satu - satunya yang tiada adalah Tomme Tippee.. aku pun xtau mana lagi nak cari.. kawan2 tempat kerja da yang guna Rumble Tuff dan Medela.. xda harapan la nk sama valve nya.. bila dah desperate sangat senior tempat aku keje ni bagi pinjam pam susu dia(enviroment ditempat keje aku memang mengutamakan susu ibu dan hampir semua mengepam susu untuk anak masing2.. sebab tu aku pun terikut - ikut.. dan yang pasti.. ini environment yang sangat positif).. sebab dia dh tak mengepam.. dia bagi aku pinjam Medela Swing.. pam sebelah jugak.. pendek kan cerita sekali guna aku terus jatuh cinta.. sama dengan pam TT tapi enjin dia lagi senyap sikit je dari TT.. dan sangat sweet.. aku guna dan terus guna.. bestnya.. sekali tu aku try tanya dia.. dia nak jual ke tak.. dia kata itu dah lama.. aku kata.. aku memang xda pam sekarang ni.. jika dia nak jual aku nak beli.. apa lagi mmg dia jual kat aku.. dan bermula la episod cerita aku bersama Medela Swing yang sweet sikit je lebih dari TT... alhamdulilah.. semuanya dipermudahkan..


So, moral of the story.. jangan sesekali beli pam susu yang tiada spare part ganti dan pusat servis.. sebab kita menyusu hingga 2 tahun dan ada masa pam susu perlu di pam.. aku rasa ibu - ibu akan memahami situasi yang aku alami dan korang ada yang mengalaminya seperti aku.. So.. pada sesiapa yang tahu tentang spare part TT or tahu tentang pusat servis mohon la maklumpada aku sbb aku sayang sgt pada pam TT aku tu.. dan aku yakin aku akan guna nya kembali.. Itulah ceritanya... tapi aku dh cuba kedua - dua pam susu eltrik single.. so afte this mungkin aku akan cari pam susu double pulak.. untuk lebih memudahkan aku..insyaAllah..




Comments

  1. kak, TT ada service centre di seri kembangan. siapa bagitau tak ada? kawan pernah hantar sbb motor rosak. siap dapat ganti brand new.

    ReplyDelete
  2. Betul ke ada pusat servis? Puas mencari.. tanya pada kedai yang menjual pam tersebut.. dia kata memang tak ada pusat servis dan alat ganti.. jika betul ada.. boleh bagi add pusat servis tu pelase Hid

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Isteri saya pun guna yg sama... valve yg putih plastik tu mcm dah pecah...so bila pump jadi loose... tak tau mana nak beli spare part dia...boleh berkongsi alamat di seri kembangan tu...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya nak sangat tolong saudara tapi saya pun xdapat apa2 feedback dari Hid.. dia juz maklum setakat itu sahaja... nanti saya akan cuba usahakan untuk cari tempat yang jual spare part pam susu Tommee Tippee ni.. InsyaAllah..

      Delete
    2. Miss, u bole try tgk d website ni.. Ada jual spare part breast pump tommee tippee.. http://www.babystation.com.my/brands/TommeeTippee.html

      Delete
  4. Dik...kt mn tmp servis pam susu...sy beli malish ilaria

    ReplyDelete
  5. Miss, u bole try pegi website ni saya tgk ada jual spare part breast pump Tommee Tippee.. http://www.babystation.com.my/brands/TommeeTippee.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Miss Dewi Nordiana... kerana berkongsi dengan saya ttg babystation.. mmg tiada sparepart yang saya perlukan itu... apa pun terima kasih.

      Delete

Post a Comment

Popular Posts