Dugaan Itu Untuk Aku.

Jom baca sambungan cerita aku bersalin anak kedua.. Afiq Naqqiudin.



Pagi itu, 25hb Feb 2013 selepas mandi..aku baring je atas katil.. Afiq tidur dengan lena. Aku rasa lega semuanya dah berlalu.. namun sakit di bahagian perut bawah mencucuk - cucuk.. aku dh lupa, apakah memang kita akan rasa sakit di bahagin rahim sekiranya lepas bersalin.. sebab seingat aku masa anak pertama memang yg rasa sakit tempat jahit je.. yang lain semuanya ok.. so aku memang tak pasti. Tetiba nurse datang dan bagitahu yang aku akan di periksa oleh doc.. oh, akhirnya ada doc hari ini.. jadi kenapa semalam tiada doc? Kenapa hanya nurse yang menyambut anak aku? Biarlah.. malas aku nak fikir cuma tiba - tiba aku rasa pelik, kenapa doc nak periksa aku? Rasanya semuanya dah selesai.. aku ingatkan aku dah boleh balik.. rupanya tidak... 

Jam 9 pagi aku disuruh ke bilik pemeriksaan.. dalam bilik tu siap ada scaner.. hati aku mula tak keruan.. resah.. kenapa pulak ni? Doc nya perempuan.. dia suruh aku baring dan aku dengan payahnya bergerak perlahan - lahan naik ke atas katil.. sebab peha aku memang xdapat nak diangkat.. aku tak ada daya.. aku rasa sangat lemah.. tak kira rasa sakit rahim aku lagi.. Dah elok aku atas katil..doc mula scan perut aku.. then, dia pun kata....

" Kak, ada sisa uri tertinggal dalam rahim akak.. so, saya terpaksa keluarkan sisa uri tersebut sekarang. Tadi, saya dapat laporan dari nurse yang akak mengalami pendarahan yang teruk pagi tadi...itu adalah disebabkan oleh sisa uri yang tak habis dikeluarkan... So, saya akan cuci rahim akak sekali lagi.. Saya mesti cari sisa uri tersebut hingga jumpa kalau tak bahaya untuk rahim akak dan juga nyawa ".

 Kata doc tu buat aku terkejut.. sgt terkejut..aku takut.. Ya Allah, sisa uri tertinggal? Mcm mana boleh jadi macam ni? aku bersuara dalam hati. Ya Allah, kuatkan semangat aku ... so aku dengan tenang bertanya.. macam mana dengan prosesnya? Doc bagitahu yang dia akan menggunakan tanganya.. aku tanya lagi.. kan bahagian bawah aku kan dah dijahit.. macam mana dengan jahitan tu? Dia kata proses ni tak akan mengganggu jahitan tersebut.. Aku gelisah dan hanya Allah yang tahu betapa takut dan sakitnya proses tersebut. Bila saja tangan doc tu masuk dalam rahim aku.. bergetar peha aku menahan kesakitanya.. doc perasan aku menahan sakit dan dia minta aku bertenang.. namun kerana sakit aku tak mampu untuk bertenang.. aku boleh rasa setiap gerak tangan nya dalam rahim aku.. aku stress.. dan dia mula tegas berkata

"Kak, kalau akak tak bagi kerjasama.. saya tak boleh nak cari uri ni dan kalu akak tak boleh tahan saya guna cara ni.. jom kita ke  dewan bedah dan keluarkan uri tu". Dia berkata dengan sangat tegas.

 Dan aku cuba tenangkan diri.. tak kan anak dah selamat keluar tapi tak  pasal2 aku nak kena bedah sebab nak cari sisa uri.. bukan aku tak bagi kerjasama namun proses tu sangat menyakitkan.. bukan aku nak stresskan diri aku sendiri namun dia jadi dengan sendiri.. aku tak salahkan doc, aku tak salahkan nurse.. namun aku memang sangat sakit dan lemah saat tu.. Hanya Allah yang tahu.. aku bagi kerjasama terbaik.. itu saja yang mampu aku beri di saat aku kesakitan itu.. bila doc kata begitu aku hanya diam dan selepas tu doc panggil nurse dan minta dia ambilkan sesuatu. Dan seorang lagi nurse (sister) masuk dan tanya apa yang sedang berlaku dan doc ceritakan apa yang berlaku dengan nada yang marah.. ok aku pasti masa tu doc memang sedang bad mood sebab kes aku.. dia siap kata macam mana nurse boleh buat kerja macam ni.. boleh keluarkan uri tapi tak habis.. dengan nada yang tinggi.. dan sister hanya mengangguk.. dua - dua mengomel dan mula membebel dengan kerja nurse mereka. So, aku sedar saat tu, mood doc dah tak elok.. sebab tak puas hati dgn keje nurse yang bersalinkan aku semalam dan dia kena sudahkan keje mereka... memang naseb aku tak baik untuk kali ini.. dugaan demi dugaan.. kemudian, sister keluar, nurse yg lain datang dgn sejenis alat.. tiba2 doc marah dan berkata dalam nada tegas.. menegur nurse tersebut silap bw brg bukan seperti yang diminta..doc siap tanya nurse tu dh berapa lama jadi nurse...  nurse keluar dan datang semula..bawa alatan besi.. saat aku lihat besi tu.. hati bertambah gelisah,seriau dan takut.. apa lagi yang dia nak buat ni? Ya Allah, kuatkan semangat aku.. Ya Allah apa yang aku akan alami selepas ni.. namun dalam kesakitan dan lemah itu apa lah yang mampu aku buat.. diam dan tenang je atas katil wpun sebenarnya.. tuhan je tahu kegelisahan aku dalam hati aku ni. 

Cusco Vagina Speculum, inilah alat yang digunakan

Doc bgtau aku yang dia akan masukkan alat besi tu melalui miss V aku untuk teruskan pencarian sisa uri yang tertinggal tu.. maka bermula lah kesakitan berganda - ganda.. aku ingatkan kesakitan sebelum bersalin dan masa bersalin akan tamat disitu tapi ternyata tidak.. kesakitan aku disambung lagi dengan pencarian uri yang tertinggal dalam rahim aku... di atas kecuaian nurse - nurse yang mneguruskan aku bersalin.. masa aku menghadapi kesakitan tersebut tidak terlintas untuk salahkan sesiapa... bagi aku. semua ini dugaan yang Allah berikan untuk aku.. untuk aku merasa kesakitan dan keperitan sebenar bagi ibu yang melahirkan... mungkin ini semua kesakitan yang akan mensucikan diri aku dari semua dosa yang aku lakukan.. maka aku hadapi kesakitan itu.. merasainya dengan tenang. Aku dapat merasa alat yang dimasukkan itu ke dalam rahim aku.. dan aku dapat rasa saat uri yang tertinggal itu dikeluarkan dari rahim aku.. ianya berbentuk seperti wayar dan hanya sejengkal.. namun kesanya pada rahim aku sangat besar.. doc berpuas hati kerana uri dah dikeluarkan.. setelah selesai semuanya.. aku dibenarkan balik ke katil aku.. dan dengan perlahan lahan dan lemah  aku berjalan ke katil aku selepas beberapa jam selepas melahirkan.. semua ini aku tak rasa semasa melahirkan anak pertama.. perbezaan  nya sangat besar.. namun aku redha.

Bila semua dh berlalu.. aku ingatkan aku boleh balik.. rupanya tidak.. aku harus diperiksa oleh doc pakar pulak.. jadi terpaksa aku bermalam lagi di Hospital ni.. seorang diri..bersama Afiq.. lepas diperiksa doc.. akibat dari pencarian sisa uri tu, rahim aku memang terasa sakit.. sehingga aku memang tidak boleh bangun.. hinggakan nak menyusukan ank pun aku tak mampu.. tiap kali Afiq menangis.. aku akan cuba bangun tapi sangat perlahan.. naseb baik ada akak disebelah.. dia sedang menunggu hari untuk bersalin.. dia yang tolong angkatkan Afiq untuk aku.. dan aku terus menyusu Afiq wpun susu masih tak keluar.. aku bagitahu pada nurse dan dia maklumkan itu normal untuk hari pertama dan kedua.. Dan sepanjang aku di hospital suami hanya boleh ada bersama hanya pada waktu 12tgh ke atas dan hingga jam 2ptg sahaja.. apa yang aku alami aku xceritakan pada suami.. nanti dia mengamuk isteri dia diperlakukan sebegitu.. aku tak mampu nak melayan amarah dia.. so aku diamkan ajer.. 

Ceritanya.. pada 26 hb Feb, selepas aku bersalin.. kesakitan perut bawah  atau dgn kata lain rahim aku memang kesakitan.. seorang diri pulak tu.. nak bangun menyusukan anak pun aku tak mampu nak gerak..tiap kali anak menangis hati aku berdebar - debar.. fikir macam mana aku nak gerak nk menyusukan anak..sebab anak berada dalam kotak bayi disebelah kita...  pagi nya aku nak mandi.. untuk aku bangun saat tu.. hampir sejam aku ambil masa untuk bangun duduk dan berdiri di sisi katil... sejam tau! korang bayangkanlah kesakitan aku hadapi tu... seorang diri plak..serius!  memang aku xmampu nak gerak kan bahagian pinggang ke bawah.. bila aku mampu bangun.. aku perlahan - lahan berjalan  ke bilik air dan mandi...seorang nurse perasan akan ketidakmampuan aku.. sebab bila anak menangis.. aku mengambil masa yang agak lama untuk menyusukan.. jadi dia terus datang pada aku dan kata.. aku kena bangun.. kena cergas sebab aku bersalin normal bukan bersalin ceaser.. kenapa aku lemah sampai nak bangun pun tak boleh.. dia juga ada kata jika aku tak boleh bangun jugak dia akan lambatkan proses aku keluar.. bunyinya dalam nada  mengugut.. aku hanya mengangguk.. aku hanya diam.. sebab sakit aku tak mampu nak menjawab...dalam hati aku protes.. bukan aku yang minta nak duduk sini lama2... bukan aku minta sakit sampai xboleh nak bangun.. tapi sebabkan proses selepas bersalin tu yang buat aku derita.. untuk cepatkan proses keluar dari situ, aku kuatkan semangat.. aku cuba sekuat hati kuatkan bahagin pinggang. Petang tu, doc pakar Lelaki, satu - satunya pakar di situ.. scan perut perut aku dan ternyata uri dah dikeluarkan dan doc maklumkan yang aku boleh keluar hari itu jugak.. alhamdulilah.. berakhirlah cerita aku di Hospital Lipis.

Kawan - kawan.. saya bercerita di sini adalah untuk berkongsi pengalaman saya bersalin anak kedua dan pertama kali bersalin di Hospital Kerajaan.. saya bukan nak salahkan sesiapa dan bukan nak mengkritik sesiapa. Apa yang saya lalui di Hospital ini ada yang baik dan ada yang tidak. Itu rezeki saya.. itu yang Allah tetapkan untuk saya dan memang dugaan itu Allah berikan untuk saya.. semuanya saya redha dan terima dengan tenang wpun selepas bersalin ini saya menghadapi tekanan yang agak kuat dalam hidup saya.. kehidupan saya dalam berpantang dan cerita menyususkan anak kedua. semuanya saya lalui dengan penuh positif. Saya harap dengan penulisan saya ini boleh dijadikan panduan buat ibu - ibu yang bakal bersalin. Saya tak kata yang Hospital gomen teruk tapi jika mampu menabunglah untuk bersalin di Hospital private... bagi saya, saya memang mampu untuk bersalin di Hospital Private, malah saya dah booking untuk bersalin di Pusat Perubatan An Nisa' Kota Bharu tetapi ini semua ketentuan Ilahi yang ingin bagi saya merasai pengalaman di hospital gomen.. maka ini akan menjadi pengajaran pada saya... so, selepas ni saya kan berkongsi pulak detik saya berpantang dan menyusu anak kedua.. yang lebih meriah dengan emosi dan semangat yang positif.. tunggu yer.. wasalam.

Comments

  1. sis..blh tahu x hos gomen ape?nk elakkan jgk

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts