Cerita Seorang Ibu
Alhamdulilah, akhirnya dapat juga aku menulis dalam blog ni. Almaklumlah... aku kini sibuk menguruskan anak ku yang baru 57 hari dilahirkan. Dah lama aku ingin menulis dalam blog ni tapi keadaan memang tidak mengizinkan bila si kecik ku itu mohon perhatian hampir 70% dari aku.
Sekali lagi aku mengucapkan syukur kerana aku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada tanggal 23 Disember 2011 bersamaan dengan 27 Muharam 1433. Jika mengikut tahun Islam, bayi ini lahir pada permulaan tahun tapi jika mengikut tarikh barat bayi aku ini lahir pada akhir tahun 2011. Aku melahirkan bayi ini pada jam tepat 4.00 pagi.... dengan penuh kesusahan seorang ibu untuk melahirkan seorang anak. Sekali lagi aku bersyukur kerana aku bersalin normal dan aku dan baby selamat. Sekali lagi aku beryukur kerana kesakitan yang aku alami untuk melahirkan baby pertama kami ini tidak lama.
Aku akan menulis segala pengalaman aku yang pertama kali menjadi ibu dalam blog aku ini tetapi pada post yang lain. Aku kini menjalani hidup yang jauh sama sekali berbeza dengan kehidupan aku selama ini. Satu kehidupan yang baru, yang amat mencabar kesabaran dan kekuatan fizikal dan mental aku namun kehidupan ini memberi aku perasaan paling indah yang belum pernah aku rasai sebelum ini... iaitu menjadi seorang ibu. Tatkala melihat renungan matanya yang bulat dan kecil itu serta dengan senyuman manja yang dia hadiahkan kepada aku walaupun dia masih sangat kecil... itulah saat paling indah dan menghapuskan segala keresahan, kepenatan dan kesusahan yang aku alami sebelum ini... itulah dia Keajaiban yang Allah SWT hadiahkan kepada aku, suami dan keluarga.
Aku akan terus bercerita.. tentang aku bersalin dan berpantang tapi bukan kali ini... InsyaAllah bila ada masa nanti aku akan berkongsi dengan kamu semua!!!
Comments
Post a Comment