Cabaran Tahun Baru

Alhamdulilah.. hari ini aku mampu mengucap syukur setelah seminggu Awra demam. Di tempat baru, malam Sabtu Awra demam secara mengejut.. bermula dengan batuk kecil, muntah,  diikuti dengan selsema dan seterusnya badan dia panas. Celah kankang dia juga melecet. Aku agak mungkin kerana cuaca yang panas. Dalam jam 10.30mlm aku cek pampers dia, aku lihat sedikit darah melekat  di pampers. Aku mula panik dan pelik. Dia mula menangis dan merenggek. aku terus ajak suami untuk bawa Awra bawa ke Kecemasan Klinik Kesihatan Karak tapi bila diberitahu dia muntah2... MA kat situ terus suruh kami bawa Awra ke Kecemasan Hospital Bentong.

Sesampai di sana kami bernasib baik sebab orang tak ramai. Bila di cek up, doc kata Awra ok, melecet sebab terlalu panas. Dia bagi ubat bancuh VT C dan ubat sapu untuk luka melecet Awra. Tapi doc tak bagi ubat demam sebab katanya suhu tak tinggi. Aku tak sedap hati.. so aku minta jugak ubat demam mana tahu suhu dia naik nanti..

Awra yang demam.. sian dia

Balik dari hospital, Awra terus tido tapi tak lena... dia asyik bangun dan merenggek.. aku tahu dia tak sedap badan... aku dengan suami bergilir basahkan badan dia untuk redakan panas... paginya ok... tengahari suhu badanya naik so, aku terus bagi ubat demam. Puas jugak la aku dan suami memaksa Awra telan ubat... sejak dia pandai rasa ni... mmg dia tak nak makan ubat.. so, reda sikit panas badannya. Dia mula tak nak makan dan xnak menyusu. Malam Ahad, aku dah tak larat nak bangun hanya suami je yang berjaga basahkan badan Awra... sebab suhu badan dia naik lagi. Sepanjang malam suami berjaga... nasib baik suami seorang yang sabar. Dia lah yang melayan kerenah Awra yang merenggek dan muntah sepanjang malam tu. Pagi Isnin, demam dia masih tak reda walaupun makan ubat. 

Aku dan suami nekad, mesti bawa ke hospital sebab suhu Awra makin meningkat. Aku takut benda lain pulak jadinya jika aku lambat. So, lepas mandi dan sembahyang subuh.. kami terus ke Hospital Bentong. 

Sekali lagi aku bernaseb baik...  walaupun orang sangat ramai... tapi sebab Awra masih kecil/baby maka dia didahulukan... bila doc cek, mmg suhu dia tinggi dan dia dah kekeringan. Doc kata dia terpaksa masukkan air untuk hilangkan kekeringan dan untuk isi bendalir dalam badannya. Aku ingatkan dia hanya demam biasa, x sangka doc akan masukkan air. Awra di forwardkan ke bahagian Kecemasan.. dia diletakkan dia atas katil dan bila nurse ingin memasukan jarum ke tangan Awra, mereka arahkan aku dan suami keluar. Kami keluar dan bila aku dengar Awra menjerit dengan kuat... air mata aku menitis dengan laju.. masa tu, aku dah tak tertahan sebak... aku tak nak menangis tapi air mata mengalir jugak. Aku fikir aku mesti kuat... melawan perasan sebak tu.. bila semua dah selesai.. aku masih mendengar Awra menangis dengan kuat... aku tahu dia mesti rasa sakit... tapi apa yang boleh aku buat... aku hanya ingin dia sembuh. 

Nurse memanggil aku dan suami untuk menenangkan Awra... sebab tangisannya sangat kuat... dia di masukkan ke dalam wad pemantauan sementara. Bila melihat wayar yang berselirat dan darah dia yang mengalir dalam wayar tersebut air mata mengalir lagi... aku dapat lihat kesakitan yang di rasainya... pedihnya hati bila lihat anak kecil jadi begitu. Suami aku memang kuat... dia cuba menenangkan aku... nasib baik dia kuat.. kalu tak aku mesti makin lemah. Abi dia (gelaran untuk suami ku) dukung dia untuk menenangkan dia. Kami bagi susu.. dia minum tapi lepas tu dia muntah lagi. Dia menangis lagi... aku pula cuba menenangkan dia. Abi keluar untuk beli makanan memandangkan jam dah 11 pagi tapi aku masih tak telan apa- apa... takut nanti baby dalam perut pula meragam... 

Bila abi dia keluar.. aku dukung Awra dan cuba tenangkan dia.. dia menagis teresak - esak... air mata aku pun keluar sama... Ya Allah, macam mana caranya aku mampu untuk mengurangkan rasa sakitnya... aku pun berzikir dan berselawat... masa tu juga dia terus diam... Alhamdulilah..  berkesan, dia terus senyap bila dengar aku berzikir dan berselawat... dan tak lama lepas tu dia terus terlena... kemudian aku terus letakkan dia di atas katil. Aku perhatikan, basah tilam sebab air matanya yang masih mengalir... aduh, sakitnya hati melihat keadaan itu. lebih kurang 2 jam dia tertido... doc perempuan cina comel yang merawat Awra datang untuk periksa keadaan awra... dia sendiri bagitahu aku, dia sebenarnya tak sampai hati melihat Awra dicucuk sebegitu.. namun itulah prosedurnya untuk mengantikan bendalir dalam badannya.. dia bagi aku bawa balik Awra ke rumah dengan jaminan aku kena bagi dia ubat demam (melalui bontot), Antibiotic setiap 8 jam dan sentiasa basahkan badan dia supaya hilang panas badannya dan pastikan dia minum banyak air. Katanya, dia pun tak sampai hati tengok budak kecik dimasukkan ubat melalui jarum ditangannya jika Awra dimasukkan ke dalam wad....(Rupanya, apa yang aku rasa tu, orang lain pun rasa... perasaan tak sampai hati melihat budak kecil dicucuk sebegitu.) Tapi, jika panas dia tak reda jugak... terpaksa la aku bawa Awra ke Hospital lagi.

Bila aku dengar dia cakap macam tu, aku rasa bersyukur sangat Awra boleh balik dan aku berjanji awra tak akan balik ke hospital.. aku akan jaga dia hingga demam dia kebah dan dia sihat kembali. Habis, satu beg air, Awra dibenarkan keluar dengan jaminan... dan aku dan suami terus bawa Awra balik Kuala Lipis... kerana aku bertambah yakin jika Mama ada sekali untuk bantu aku menjaga Awra. Kami bersama- sama memantau Awra...Alhamdulilah, panasnya dah reda dan muntah dah kurang.  Namun pada hari Rabu aku dan suami terpaksa balik ke Bentong sebab kami bekerja. Abi dah habis cuti dan aku ada hal penting yang perlu diselesaikan jadi terpaksa juga  tinggalkan Awra bersama Mama dan Baba. 

Alhamdulilah... kami diberitahu Awra dah pulih...dan hari ini aku akan balik Kuala Lipis untuk amik Awra kembali... Alhamdulilah Ya Allah kerana sembuhkan Awra Nashrullah. Terima kasih pada doc yang faham perasan aku dan bagi peluang untuk aku menjaga Awra di rumah. Terima kasih pada abi Awra yang sangat sabar dan Mama Baba yang sangat memahami... Terima kasih semua.... Alhamdulilah.


Comments

  1. Kak anum pun dah kena same case masa Zulqarnain. Org kata budak2 especially lelaki bila nak masuk 1 tahun atau 1 tahun lebih dah start kena berwapada..dia akan kena demam panas..kena jaga betul2 takut tarik..pompuan pun sama...lain kali kalau misi nak cucuk minta nak tunggu sekali at least budak tu tak la takut ditinggalkan sorang2 with strangers...tolong pegang kalau boleh...ksian..tu yg meraung sekuatnya tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tima kasih kak anum.. atas nasihat tu. Saya memang tak ada pengalaman anak kena macam tu.. ini 1st time jadi seteruk ini. Naseb baek tak sampai tarik... just demam je... tapi hati saya memang sebak la time dgr dia menjerit tu.. xleh nak tahan... hati ibu kan...

      Delete

Post a Comment

Popular Posts