Rezeki kedua
Assalamualaikum semua..serta salam Jumaat, penghulu segala hari ..... pada semua yang suka membaca perkongsian ini... Alhamdulilah.. memang itu lah yang akan keluar dari mulut aku ini.. So, hari ini aku nak berkongsi berita gembira yang tak semua orang merasainya... dengan kuasa Allah.. aku mengandung lagi anak kedua.. hari ini.. kandungan sudah berusia 26 minggu aka 6 bulan lebih.
Alhamdulilah... setakat ini bayi dalam kandungan ini sihat dan sangat aktif. Begitu juga dengan anak pertama aku yang bulan Disember depan genap setahun, sangat aktif sebab baru dapat 'lesen L' berjalan. Kenapa aku cakap lesen L.. sebab walaupun dah boleh berjalan tapi jalanya tak lurus tapi berterabur... ikut suka dia nak berjalan ke mana pun.. bila laju sikit.. jatuh. Pastu akan bangun semula dan jalan lagi.. ada masa dia tak akan berhenti berjalan - jatuh - bangun - jalan lagi. Itulah keje dia seharian selain dari mengigit sebab gigi atas aku ingat kan tumbuh 4 je.. rupanya bila dikira... 6 sekali tumbuh sekata.. sekali dengan taring.. aku agak sebab itu la dia demam teruk tempoh hari...(itu yang aku teka la)
So, mesti korang cakap.. cepatnya.. kan untuk aku mengandung lagi... bagi aku biasa je sebab da orang lagi cepat dari aku. Aku kira kosong 6 bulan then, berisi semula. Masa mula nak lekat tu aku dah boleh rasa lain macam.. bila je masuk tandas aku rasa nak muntah... aku dah tergerak hati, aku mengandungkah? Tapi aku nafikan je sebab masih awal lagi... lepas tu, bila period tak datang2 aku terus yakin.. mesti lekat ni.. xyah guna urin test.. aku sendiri boleh agak.. sebab pengalaman dari yang pertama kan... so, aku terus assume aku preggy. Tapi aku tak cakap pun pada suami... aku diam je.
Bila tiba soal merancang.. mesti orang bertanya aku tak merancangkah? Sape yang tak nak merancang.. namun, ini semua ketentuanNya.. kerana itu aku terima berita gembira ini dengan tenang hati. Suami tak payah cerita, dia lah yang paling happy bila aku khabarkan yang aku berisi lagi... aku ingatkan dia tak bersedia lagi.. rupanya dia memang nak. Sebab itu lah bila aku beria nak cucuk depo or makan ubat perancang dia tak bagi.. dia tegaskan semua itu ada kesan pada diri aku nanti.. tak sihat... jadi kami memang hanya merancang secara semulajadi... jadi, bagi aku ini memang ketentuanNya.. aku mengandung untuk kali kedua ini.. sebab ada juga kawan2 aku yang lain.. dah 3 or 4 tahun tapi masih tak lekat walaupun mereka memang menginginkan anak kedua.. jadi, bagi aku.. Inilah hadiah Allah kepada kami.. dan aku terimnya dengan hati terbuka. Aku tak nak nanti terlampau merancang... akhirnya.. merancang ke mana.. anak ke mana.. menunggu la masa yang lama lagi nak lekat semula,... Bagi aku juga inilah masa terbaik untuk aku mengandung sebab.. usia aku sekarang dah 29thn .. masuk 6 bulan kandungan ni..aku dah termengah - mengah ni kan pula aku nak mengandung bila umur dah masuk 30 an... tak tau lagi apa ceritanya.. masih mampukah aku... Jadi, aku syukur pada mu Tuhan.. kerana memberi aku peluang sekali lagi pada aku... Alhamdulilah...
So, pada sesiapa yang memang merancang... teruskan merancang dan jika ada yang tetiba walaupun merancang tapi melekat juga.. itu adalah hadiah dan rezeki yang tak ternilai daripada Nya.. terima lah seadanya... kerana pemberian ini bukan semua orang mampu memilikinya...
So, apa cerita kehamilan aku kali ini... kehamilan kali ini aku memang sangat tenang dan tidak seperti kandungan yang pertama. Kali ini aku sangat lasak.. Buat keje tak macam orang mengandung.. bah kan semua orang tak perasan yang aku mengandung.. dah masuk bulan ke - 3 baru lah ada yang perasan sbb perut aku buncit lain macam. Bos tempat aku kerja sebelum ni pun tak tahu aku hamil, dia bagi tugasan untuk aku bertugas Hari Merdeka 31 Ogos 2012.. dari jam 5.30pg hingga 12.30 mlm aku join je.. berdiri sepanjang hari...masa tu aku dah hamil 3 bulan... tapi aku masih mampu buat semua tu.. tak ada yang perasan dengan perut aku yang buncit itu... ada yang perasan tapi diorang ingat aku naik badan.. lepas bersalin anak pertama.. Aku lagilah suka orang tak perasan yang aku hamil... Ceritanya, bos dapat tahu bila aku terpaksa isi borang permohonan pertukaran tempat kerja mengikut suami.. barulah dia tahu. Jadi, memang rezeki anak ini agaknya, permohonan aku diluluskan.. dan kini, aku dan keluarga menetap dan bekerja di Bentong - Karak. Semuanya demi keluarga... InsyaAllah, banyak lagi cerita yang akan aku kongsikan di sini... nantikan yer!!!
Comments
Post a Comment