Kan Saya Dah Kata..... !
Alhamdulilah... tengahari tadi baru lepas dari check up MGGT (test gula dalam darah). Memang keputusannya negatif. Aku dah bagitau dah pada nurse yang memang berat badan aku akan meningkat lebih dari sekg bila dah dekat dengan due date. Tapi nak jugak aku buat prosedur MGGT yang menyeksakan tu. Korang tau macam mana proses MGGT tu kalau di hospital gomen? Prosedurnya macam ni..
- Malamnya sebelum dicheck mesti berpuasa makan selama 8 jam. Boleh minum air putih je.. xde makan dan minum air manis
- Esoknya dalam jam 8pg or lebih darah akan diambil untuk rekod darah sebelum minum air gula.
- Pas tu, minum air gula yang pekat sebanyak 125ml. Pas minum tu, tak boleh makan or minum air manis selama 2 jam.
- Selepas 2 jam darah akan diambil sekali lagi untuk check samaada gula dlam darah tinggi ataupun tidak. Doc akan bgtau keputusanya pada kita.
- Pastu barulah boleh makan dan minum seperti biasa.
Korang tengok cara nak check up MGGT.. bukan ke kategori seksa jugak bagi aku yang tengah boyot ni. Aku tahu dr dan nurse bimbang takut aku ada kencing manis sebab berat aku dah naik lebih dari 15kg sepanjang 8 bulan ni. Tapi, keputusan ujian tu dah tunjukkan yang aku memang bersih dari kencing manis. Aku naik berat badan ni sebab aku mengandung. Semalam pun aku dah g check up kat klinik private.. kut2 la baby dah besar.. tapi alhamdulilah, berat baby masih normal 2.49kg di usia 34minggu. Doktor Elyza cakap itu berat normal dan kalau boleh biar berat baby naik lagi... sekurang- kurangnya 3kg... itu maknanya, berat aku kena naik lagi.. alahai.. aku tak tahu la berapa kg lagi berat badan aku nak naik ni... aku berserah je lah pada Nya. Yang penting aku dan baby selamat dan aku mampu untuk bersalin normal nanti. InsyaAllah.
Comments
Post a Comment