Mandi Wiladah dan Mandi Nifas


Assalamualaikum..hari ni aku nak berkongsi dengan korang semua tentang mandi wiladah dan nifas. Rupanya, pencarian maklumat aku sebelum ini di internet dan blog2 yang lain mengnenai mandi  Wiladah adalah SALAH...yer, sangat ramai yang salah faham termasuk aku dan ahli keluarga ku. Sebab yang menyebut tentang mandi wiladah ini, pertama kali yang menyebutnya adalah kakakku...  dan aku baru tahu akan salah faham ini apabila ditegur oleh pembaca blog aku dan memberi komen bahawa maklumat yang aku share sebelum ini tentang Mandi sunat Wiladah adalah salah. 

Aku mohon ampun dan maaf pada semua pembaca blog dan yang bertanya tentang mandi sunat wiladah, rupanya ramai yang salah faham, kerana itu aku berkongsi tentang maklumat yang salah. Maaf di atas kejahilan aku selama ini... aku hanya insan biasa.. adakala tersasar dari landasan.. maaf semua. Pada yang menegur, saya ucapkan terima kasih kerana menegur kesalahan saya. Saya terima teguran di atas kesilapan saya.

Kerana itu,  aku rasa bertanggungjawablah  untuk berkongsi maklumat yang tepat mengenai mandi sunat ini. Maklumat yang terbaru ini aku dapat dari Ustaz Azhar Idrus dan beberapa Ustaz lain yang juga berkongsi ilmu di blog mereka. Mereka juga sedar tentang salah faham mengenai mandi sunat Wiladah ini....
  
Mandi kerana wiladah dan nifas adalah dua perkara yang berbeza kerana :
  • Mandi wiladah ialah mandi selepas melahirkan anak tetapi tiada MENGELUARKAN DARAH.
  • Mandi nifas adalah mandi wajib setelah darah nifas kering (habis) tempohnya paling sedikit ialah satu lahzah (setitik) dan paling maksima ialah 60 hari.

Niat mandi wiladah : " Sahaja aku mandi wajib wiladah kerana Allah Taala".


Seorang perempuan yang telah selesai melahirkan anak mempunyai kewajipan  iaitu mandi kerana nifas dan tidak perlu mandi wiladah melainkan dia melahirkan tanpa keluar sebarang darah.


Aku rasa, kekeliruan berlaku satu, kerana perkongsian dari ulamak sendiri yang memang salah faham dan satu lagi, susah untuk kita berjumpa kes bersalin tidak mengeluarkan darah. Aku tak pasti mengenai bersalin melalui pembedahan akan mengeluarkan darah ataupun tidak.. aku akan cuba mencari jawapanya. Yang terbaik dan yang mudahnya, tidak  perlu mandi sunat Wiladah hanya perlu mandi Nifas selepas melahirkan dan yakin selepas darah tersebut berhenti. Kecuali bagi mereka yang bersalin tidak megeluarkan darah, maka wajib bg mereka untuk mandi Wiladah. Semoga semuanya faham dan jelas.
 

Bagi mengelak kekeliruan, darah nifas ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak sekalipun hanya setitik. Bermulanya darah nifas itu keluar sebelum berlalu lima belas hari setelah seseorang perempuan melahirkan anak.


Diingatkan bahawa adalah wajib bagi seorang perempuan itu mengetahui hukum-hukum berkaitan dengan mandi wiladah dan mandi kerana nifas, dan wajarlah bagi suami yang mengetahuinya mengajarkan hukum-hukum tersebut kepada isteri masing-masing.

So, aku harap lepas ni.. tiada la salah faham lagi antara mandi Wiladah dan mandi Nifas.. semoga perkongsian ini membantu korang semua.. Insya-Allah.

Comments

  1. Good info. Tq for sharing. I dah belajar di masjid negara berkenaan mandi wiladah Tapi boleh confuse now dah jelas hukum selepas baca article puan. Tq

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah.. saya bersyukur dan gembira kerana dapat membantu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut delete atikel anda ni sbb mengelirukan dan x betul..

      Delete
    2. Adalah lebih baik delete atikel anda ini... boleh mengelirukan dan tidak betul. Mandi wiladah dilakukan jika selpas melahirkan tiada darah...

      Delete
  3. Assalamualaikum.. Nak tanye, mandi wiladah selepas immediately keguguran atau selepas kering darah?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. Nak tanye, mandi wiladah kena buat immediately selepas keguguran atau selepas darah kering?

    ReplyDelete
  5. https://youtu.be/KzcayufANqI

    ReplyDelete
  6. https://youtu.be/KzcayufANqI

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts