Cerita Penyusuan Susu Ibu Versi Aku (bahagian 2)
Susu aku yang dipam semasa aku dipejabat |
As salam..
Hari ni aku nak berkongsi dengan korang cerita aku menyusukan anak secara eksklusif.. eksklusif ke?... tak lah.. ada orang lebih hebat menyusukan anak2 mereka hingga 2thn++. Aku... anak kedua pun hanya sempat setahun 3 bulan ++ je. So eksklusif di sini hanya untuk versi aku saja... yer kawan bloggers sekalian. Ok.. jadi aku nak berkongsi dengan korang semua macam mana nak meneruskan penyusuan ibu walaupun kita masih bekerja di pejabat... macam mana ek?
Jadi, alkisahnya.. untuk meneruskan visi dan misi kita yang suci ini kita perlulah mengepam susu apabila berjauhan dari bb kita yang masih kecik itu.. sekarang dah tak pelik jika kita mengepam susu di ofis. macam aku... cukup waktu nak mengepam cth tgh.. aku akan ke surau untuk mengepam.. tetiba akan datang kawan2 ofis yang lain yg juga mempunyai anak kecik.. mereka juga mengepam susu untuk bb diorg.. jadi jgn rasa pelik yer kawan2.
So, bila nak meneruskan cita2 ni.. kita perlulah bersedia fizikal dan mental. Secara fizikal adalah.. korang kena ada lah mesin pam susu nya.. contoh yang aku guna sekarang Medela Free Style. Banyak pam susu dipasaran sekarang.. macam2 brand.. so korang pilih lah yang mana berkenaan dan ikut kemampuan masing - masing.
Kemudian, mestilah ada aksesori nya seperti ais pek, cooller bag dan botol susu untuk simpanan susu. Semua ini mesti ada sebelum korang masuk kerja tau... jgn dah kerja baru nak beli.. bengkak susu la korang kalau korang tak dapat pam susu.. tak ke naya.. boleh demam tau.. jgn memain tau.
Susu yang dipam semasa aku di pejabat |
Ok.. bila pam susu dah ada.. kena tetapkan waktu untuk mengepam.. ikut masa yang korang terluang lah.. tapi biasa nya susu akan produce selang 2 jam.. so aku biasa akan mengepam antara waktu :
pagi - 10.00pagi
tgh - 1.00tengahri
petang - 4.00ptg
Ini masa yang aku dah tetapkan untuk mengepam.. sekiranya jadual kerja amat padat.. sebab aku biasanya akan keluar kerja di luar pejabat maka aku kena pandai2 la manage masa mengepam aku.. seelok - eloknya.. 3kali atau 4 kali mengepam di pejabat tapi tgk bidang kerja kita mcm mana.. bg aku. dapat mengepam 3 waktu tu pun dah cukup berharga. Setiap sesi aku akan pam selamat 15-10minit per sesi dan biasanya aku akan dapat 50z sekali pam tapi secara purata aku akan dapat 4 oz sekalu pam.. 2oz untuk sebelah kanan dan 20z sebelah kiri. Aku perasaan.. aku pernah cuba pam selang sejam.. dan susu aku akan dapat sekurang - kurangnya 2oz untuk sekali pam.. hasil susu yang dipam tak pernah sama.. da masa dapat 5oz untuk satu sesi da masa aku dapat 2oz satu sesi. 2oz tu kira paling sedikit aku pernah dapat.
So, setiap kali rutin mengepam ia akan jadi begini.. aku akan berada di meja aku. Duduk mengadap komputer. Pasang kelengkapan pam susu.. dan mulakan mengepam. Pastikan ada air putih bersama di atas meja.. kerana semasa mengepam dalam 10minit itu aku akan jadi sangat dahaga. Bila dah selesai megepam.. tanggalkan alat mengepam. Tuangkan susu yang dipam kedalam botol simpanan. Tuliskan masa dan tarikh mengepam dan selepas itu simpankan susu tersebut dalam Cooler Bags yang mempunyai ice pack sekurang - kurangnya 2 dan peralatan megepam juga disimpan di dalam cooler bag kecuali enjin pam susu.. Jangan bimbang.. peralatan mengepam susu selamat jika disimpan di dalam cooler bag sebab bag tersebut ada ice yang beku.. peralatan itu akan aku bersihkan apabila sampai di rumah... begitu lah rutinya.. setiap kali mengepam dan setiap hari. Jika aku berada diluar ofis.. aku akan mencari tempat seperti surau atau bilik yang sesuai untuk mengepam... ingat.. apa pun keadaan mesti pam..jika tidak breast aku akan kesakitan.
Ok, cuba tengok gambar di atas susu aku yang telah di pam untuk satu hari dipejabat. Dari kiri gambar adalah hasil pam waktu paling pagi then tengah adalah hasil tengah hari dan yg paling kanan adalah hasil untuk petang sebelum aku balik dari kerja. Itulah hasilnya... boleh la buat bekalan untuk bb esoknya... setakat ini naseb baik susu mencukupi untuk bb aku. Sekali dia minum susu dalam 3oz dan purata aku dapat dalam 11oz setiap hari.. jadi dapatlah dia minum 3 - 4 kali sementara dirumah pengasuh... alhamdulilah.
Ok, susu yang diperah haruslah dilabel masa perahannya.. macam aku.. aku akan tanda siap2 dibotol.. no 1 hingga 3.. jadi bila diberi pada pengasuh.. dia akan beri susu mengikut no di botol.. jadi mana susu yang diperah dulu itu yang akan diberi dahulu....
So, itulah sedikit perkongsian mengenai pengalaman aku yang mengepam susu dan menyusukan anak.. yang sedang aku menikmatinya sekarang.. kerana bb aku baru berusia 3 bulan.. aku berdoa semoga aku akan mencapai target untuk menyusukan anak sehingga 2thn++.. insyaAllah.. dna buat rakan rakan ibu sekalian.. aku amat menyokong penyusuan susu ibu pada anak - anak masing - masing.. pada semua ibu yang membaca blog ini.. aku harap perkongsian ini dapat menjadi panduan dan memberi suntikan semangat pada kamu semua.. insyaAllah.. cerita penyusuan kamu macam mana? Jom la kongsi di sini...
Dari ibu yang menyokong penyusuan susu ibu,
Wasalam
Comments
Post a Comment