Cerita Penyusuan Susu Ibu Versi Aku (bahagian 1)
As salam..
Ya Allah... hari ini baru sempat untuk bercerita tentang penyusuan eksklusif untuk anak kedua... sedangkan sekarang ni aku baru lepas bersalin untuk anak ketiga 2 bulan lepas... kesibukan dalam meguruskan kehidupan seharian banyak menghalang aku dari semangat untuk menulis tentang cerita yang sgt positif ini. Cerita tentang penyusuan susu ibu untuk anak kedua ni banyak juga cabarannya.. namun kerana semangat yang telah ditanam dari masa mengandung lagi... maka aku kuatkan semangat dan tekad.. dan teruskan penyusuan susu ibu hingga umur anak 1 tahun 3 bulan. Kenapa tak sampai 2tahun.. sebab lepas 1 tahun 3 bulan aku mengandung kembali ... untuk anak ketiga... Alhamdulilah.
Ceritanya.. hari pertam hingga ke - 9 aku tiada susu... masa itu aku sangat tertekan kerana aku masa aku bersalin terdapat sedikit komplikasi dan ia memberi kesan pada tubuh badan aku. Aku rasa itu adalah sebab kenapa susu badan aku tak nak keluar. Aku cuba bertenang dan berdoa.. aku kuatkan semangat. Aku tahu susu badan aku tak akan keluar kerana badan aku stress.. aku berdoa tak berhenti. berusaha keran ekoran dari itu juga anak aku terkena jaundis.. sebab tidak dapat susu ibu. Perkara itu buat aku lebih stress.. aku tak berhenti suakan puting susu aku pada anak aku.. dia hisap.. wpun tiada susu.. aku amat kesiankan bb aku.. dan terpaksa berikan susu formula kerana dia menangis kelaparan.
Kemudian aku cuba pam sekuat hati menggunakan pam manual TT kesayangan aku..dapat la susu pertama yang dipanggil kolostrum dalam beberapa ml.. tgk gambar kat bawah.. byk itulah yang aku dapat.. dengan keadaan dan masa itu.. aku rasa sangat bersyukur.. sekurang kurangnya keluar jugak susu wpun amat sedikit.
Aku usaha lagi pam.. dan masih berdoa.. kebetulan masa aku di hospital.. ada seorang ibu.. dia sedang memerah susu di atas katilnya..dia perah hanya guna tangan dan aku kagum sebab susu nya amat meriah.. aku tanya macam mana susu dia boleh keluar sebanyak itu..dia bgatahu aku.. doc ada berikan dia ubat banyak kan susu.. da sejurus selepas itu juga aku terus dapat idea. Aku terus minta tolong kakak aku belikan pil banyakan susu di farmasi dan aku terus makan.. alhamdulilah... selepas itu susu aku keluar seperti biasa.. Subhanallah, betapa Tuhan menunjukkan aku jalan untuk aku teruskan usaha aku untuk menyusukan anak... selepas aku makan pil tersebut akhirnya susu aku makin banyak .. dan cukup untuk anak aku Afiq Naqqiudin. Aku rasa amat bersyukur.. itulah cerita permulaan aku dalam menghadapi cabaran bagi menyusukan anak kedua aku.
Sebenarnya, aku langsung tak tahu yang diluar sana ada pil untuk banyakkan susu ibu. Memang aku tak tahu.. kalau aku tahu.. xda la aku tunggu sampai 9 hari baru aku nak makan pil tersebut. Mungkin kerana aku dalam sakit dan stress membuatkan aku blurr dan tak boleh berfikir dengan baik. Masa anak ketiga .. bila anak dh menolak xnak susu aku.. aku terus give up.. dan tiada semangat nak menyusukan anak.. dan dengan sendirinya susu badan aku susut dan takdak terus. Kerana itu.. jika korang niat untuk menyusukan anak.. pastikan semangat kena kuat dan jangan mengalah serta usaha mencari jalan untuk teruskan usaha menyusukan anak korang.
Susu aku semakin banyak selepas mengambil suplemen pil tambah susu |
So, selepas itu bermula lah episod aku menyusukan bb aku dengan rela, ikhlas dari hati dan dengan semangat yang kuat. Aku amat gembira dapat menyusukan anak dengan susu sendiri. Malah aku ambil suplement ESP dan Alfafa jenama SHAKLEE bagi memperbanyakkan lagi susu aku. Alhamdulilah.. dengan menganbil suplement shaklee susu aku bertambah meriah.. syukur.
Ini gambar aku menyusukan anak di tepi highway kerana masa ini aku on the way ke Kuantan kerana ada urusan kerja. masa ini Afiq 3 bulan. aku sendiri.. memandu sendiri dengan afiq.. dan alhamdulilah.. sepanjang perjalanan.. afiq tak menangis kecuali bila dia lapar. So, bila dia lapar aku akan berhenti di kawasan yang selamat dan susukan dia direct.. bila dia dh kenyang aku sambung drive semula.. senang kan?
Ha.. gambar ni pula aku amik selepas aku pengepam susu di pejabat. Bagi wanita berkerjaya seperti aku yang selalu ke sana sini.. waktu mengepam tu sangat penting. Kerana semangat menyusukan anak adalah perkara utama.. so aku kena bijak menguruskan masa antara kerja dan mengepam susu.. di tempat kerja aku akan menyusu 3 kali sehari antara jam 10pg, 1 tgh dan last sekali 4 petang. Ada masa aku hanya sempat 2 kali.. itu pun aku rasa sedih sgt... kalau sempat pam 2 kali je.. tapi nak buat macam mana.. itu je masa yang ada.. So korang kalu nak teruskan menyusu anak wpun dh habis cuti bersalin.. kenalah bijak.. walau macam mana pun.. cari jugak masa untuk mengepam susu...
Dan aku akan mengbadikan gambar susu yang aku pam di pejabat.. kerana aku rasa inilah perkara yang berharga dan kenangan paling manis aku menjadi seorang ibu. Berusaha sedaya upaya untuk menyusukan anak dengan susu ibu walaupun bekerja... oh ya .. aku lupa.. sepanjang menyusukan anak untuk kedua ini.. aku mengunakan pam susu eletrik Tommee Tippee.. pam susu TT banyak membantu aku mengepam... dan aku gembira kerana susu aku juga meriah so.. cerita aku mengepam susu bertambah ceria dengan adanya pam susu Tommee Tippee Eletrik. Pam TT ni hanya ada yang single dan setiap kali aku mengepam ia mengambil masa 20 - 30 minit.
susu yang dipam semasa si Melaka bulan nov 2013. |
Ok.. gambar di atas adalah susu yang aku pam semasa aku berkursus di Melaka. Aku tak mampu nak bawa bb ke Melaka jadi aku hanya mampu pam susu bila berada di sana. Nak dijadikan cerita bilik hotel tempat aku berkursus tiada peti ais.. aku mula panik.. mana aku nak letak susu yang aku pam? pam dan buang? Itu keje tak berapa cerdik.. aku berada di sana 3 hari.. banyak susu.. sayang jika dibuang begitu saja.. so aku berfikir.. dan fikir.. seterusnya aku berjumpa pihak hotel dan ceritakan situasi aku.. dan naseb aku baik.. pihak hotel amat memahami situasi aku.. dan mereka memberikan ruang didalam peti ais mereka.. di bahagian air untuk aku letakkan susu aku yang telah dipam.. wpun nampak pelik tapi itulah realitinya.. aku akan berusaha sedaya upaya untuk teruskan penyusuan susu ibu ini.. sebenarnya banyak lagi cabaran aku dalam usaha meneruskan penyusuan susu ibu.. xlarat nak cerita kat sini.. so satu dua cerita je aku sempat kongsikan di sini.. jadi aku harap perkongsian aku ni dapatlah berikan korang semangat dan panduan untuk menerukan perjuangan menysukan anak anak kita dengan susu ibu. Hidup susu ibu!!
Wasalam.
Comments
Post a Comment