Akal vs Nafsu
Pernah atau tidak, selepas menyakiti hati orang lain dengan bahasa
sindiran serta kritikan atau makian, kita merasa best, lega, happy dan
PUAS serta MENANG! apatah lagi jika ia
gagal dibalas.
Jika PERNAH, itulah tanda hati kita dikuasai kekotoran
dan rendah akhlak walau manusia melihat kita sebagai baik dan 'hero'. Ia
adalah 'buah rosak' hasil dari amalan diri yang tidak betul atau
mungkin betul tetapi tiada ikhlas.
Pernah atau tidak, selepas melakukan yang tersebut diatas, beberapa
minit atau jam selepasnya, kita merasa menyesal lalu bertindak sama ada
meminda semula, memadam (jika boleh) atau meminta maaf. Jika PERNAH,
itulah tanda hati kita masih ada sinar iman, ihsan dan akhlaq, benih
menumbuhkan buah taqwa jika terus dijaga.
Comments
Post a Comment