Rumah Pertama
Rumah ku selepas diubahsuai |
Salam Ramadhan
Baru berpeluang untuk menulis....so, hari ni aku nak berkongsi dengan korang tentang rumah pertama dalam hidup aku.
Alhamdulilah... setelah berusia 32 tahun baru aku berjaya membeli sebuah rumah. Rumah teres, endlot dan kategori kos rendah. Biar kecil yang penting ADA dan yang penting ini yang PERTAMA dalam hidup aku. Ini adalah projek kecil dalam perancangan hidup aku.
Sebelum ini, banyak tawaran rumah yang ditawarkan, sejak aku dapat bekerja tetap tapi aku tak pernag terfikir dan terlintas untuk membeli rumah kerana jahil tentang aset. Yelah, masih muda, macam - macam aku fikir... banyaknya lebih untuk anak - anak dan membeli aksesori atau habiskan duit tanpa tujuan.
Masa berlalu tanpa kita sedari, bila lama bekerja dah hampir 4 tahun aku di Pahang, baru aku terfikir, kenapa aku tidak beli rumah. Bila aku dah sedar dan mula usha2 cari rumah baru aku sedar yang harga rumah di sekitar tempat aku bekerja sangat mahal. Nak cari harga bawah RM100K jangan harap. Wpun, hanya rumah kos rendah, harganya mencecah RM130K. Kalau rumah teres setingkat, lagi la, RM190K sebijik.. hambik kaww.... bukan tak mampu tapi aku kena fikirkan perbelanjaan yang lain sebab perbelanjaan paling besar pergi pada 3 orang hero kecil yang masih kecik (bawah 5thn) dan hutang - hutang yang lain. Dan gaji suami juga tidak besar....sebab tu aku terima keadaan itu dan redha.
Nak kata aku duduk di bandar besar ... tidak tapi rumah sekitar Karak ni memang mahal. Akhirnya aku frust. Malas nak fikir... tiba - tiba suami cal ada rumah yang agak sesuai untuk situasi kami sekeluarga. Pada perancangan aku, rumah tak perlu besar dan mahal, kira cukup2 untuk kami duduk dan ia adalah milik kami. dalam masa kami duduk, kami juga bayar rumah hak milk kami sendiri, berbanding sebelum ini, menyewa... RM400 - RM500 tapi bukan rumah sendiri. Buat sementara mungkin baik tapi jika bertahun, pada aku membazir. Jadi, setelah fikir semasaknya, aku pun setuju untuk membeli rumah kos rendah endlot dengan harga RM90K. Suami terjumpa iklan rumah tersebut selepas 5minit dinaikan di Mudah.com. Naseb baik kami cepat sebab rumah ni, menarik 5 orang lagi yang nak membelinya.
Kami, terus pergi tengok dan jumpa dengan tuan rumah.... dengan harga RM91K dapat diskaun dan setuju dengan harga RM90K. Rumah ni memang kecil sebab rumah kos rendah dan disebabkan ia endlot maka lagi penting untuk aku terus buat ubahsuai untuk menambah ruang supaya lebih luas. Alhamdulilah, setelah berbincang dengan peguam dipersetujui pnjaman perumahan sebanyak RM100K.
Pada mulanya, aku rasa rumah itu agak mahal, namun setelah bertanya pada saudara dan kenalan ternyata harga tersebut sangat murah berbanding tempat lain. Malah ada yang setuju untuk terima rumah tersebut jika kami menolak. Bukan seorang tapi ramai pulak yang berminat. Jadi, aku terus setuju dan pengurusan pnjaman perumahan bermula dari Jan 2015 dan diluluskan pada Jun dan selesai semuanya pada Ogos 2015.
Selesai satu cerita... dan akhirnya rumah itu jadi milik kami pada Ogos 2015. Namun, masa tu kami masih dalam proses menguruskan urusan kerja suami. Jadi kami terpaksa menunggu hingga bulan 10 untuk membuat keputusan. Sebenarnya.. kami masih merancang jika tak duduk dirumah itu, kami akan sewakan. Namun, bila aku fikir semasak - masaknya, baik kami tinggal saja di situ dan dapat jimatkan perbelanjaan bulanan dan boleh ke projek rumah kedua pulak. Haa.. yang tu lambat lagi akan dilaksana... tapi dalam perancangan.
Rumah sebelum diubahsuai |
Jadi, bila bersetuju untuk duduk maka, perlu lah rumah tersebut diubahsuai terlebih dahulu. Maka bermula pula cerita pengubahsuaian rumah tersebut... yang aku akan cerita di next page. So jika nak tahu kena la follow blog aku.
Wasalam.
Comments
Post a Comment