Anda rasa anda seksi?

Sedang asyik aku mencari bahan untuk kerja yang perlu dibuat terjumpa blog yang menarik dan artikel yang membuat hati aku sangat bersetuju. Penulisannya seperti suara hati aku yang tak terluah kerana kekurangan idea. Dengan adanya artikel ini dapat la aku berkongsi dengan semua agar kita menjadi muslimah yang solehah ^_^
Bismillahirrahmanirrahim..
Ada yang berkata iman di hati, tiada kaitan dengan amalan. Maka popular ayat-ayat ini "Kami pakai seksi, tapi hati kami baik", "Allah nilai taqwa kita, bukan pakaian kita." Dan banyak lagi.

Tahukah kita bahawa ideologi ini adalah satu kesinambungan ideologi lama dahulu. Apa nama ideologi itu. Namanya Murjiah. Tak mengapa, posting kali ini bukan mahu berbicara tentang ideologi Murjiah. Posting kali ini ingin bercerita tentang tudung. Ya, tudung wanita untuk menutup aurat, bukan tudung untuk saji mahupun tudung periuk..

Kita orang Islam, bercerita tentang agama mestilah dengan sumber wahyu. Maka saya mahu bercerita apa yang al-Quran cerita.

Al-kisah di zaman dahulu kala, ketika Rasulullah SAW masih hidup di muka bumi ini, dan para sahabat dan sahabiah (sahabat-sahabat nabi yang perempuan) masih hidup bertebaran di muka bumi, maka turunlah satu ayat al-Quran. Ayat apa itu? Jeng jeng jeng

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُون


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Surah an-Nur:31)

Inilah di ayatnya. Mari kita lihat bagaimana reaksi-reaksi wanita di zaman itu.

Saidatina Aisyah RA menceritakan: Tatkala turun ayat "dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka". maka mereka segera merobek-robek kain-kain mereka dan bertudung dengannya. (Shahih al-Bukhari, Kitab at-Tafsir, Bab Tafsir Surah an-Nur).

Perempuan-perempuan zaman Rasulullah SAW dengan penuh kekuatan dan ketaatan lantas mengoyak-ngoyak kain yang ada untuk dijadikan penutup aurat mereka.


Saya hanya mahu menyatakan tudung itu adalah lambang akidah.

Kenapa? Kerana tudung inilah salah satu hal yang membezakan kita dengan orang kafir.

Apa buktinya? Lihatlah apa yang terjadi di Turki. Si kafir pembela-pembela aliran Sekular mengharamkan pemakaian tudung. Apakah kita fikir mereka akan mengharamkan pemakaian tudung sekiranya tudung ini tiada nilai di dalam Islam. Isunya bukanlah kerana kain itu bernama tudung, isunya kerana pemakaian tudung itulah salah satu lambang akidah Islam. Maka untuk memadamkan cahaya akidah Islam daripada terzahir ke mata manusia, salah satu langkahnya ialah mengharamkan pemakaian tudung.

‘Ikatan Islam akan tertanggal satu persatu. Bermula dengan al-Hukm (pemerintahan) dan berakhir dengan as-Salaat’

Lihat, bukankah itu menunjukkan bahawa si kafir itu turut faham bahawa tudung itu ada nilai akidah.

Sekiranya tudung itu tiada nilai di dalam Islam, nescaya si kafir itu tidak akan mengharamkan pemakaiannya. Bahkan mungkin si kafir itu akan menjadikan ia sebagai satu fesyen yang popular. Tapi kerana ia ada nilai akidah, si kafir tidak mahu menerimanya. Nampaknya si kafir ini amat memahami ayat terakhir surah al-Kafirun "Bagimu agamamu, bagiku agamaku".

Itulah nilai tudung. Tapi nilai itu seakan hilang di antara kita ini. Kerana apa? Kerana nilai akidah pada tudung itu tidak dapat dilihat. Nilai akidah pada tudung mungkin hanya dapat dilihat apabila ia diharamkan oleh pihak-pihak kafir. Adakah kita mahu menunggu sehingga ia diharamkan, baru kita mahu memahami ia ada nilai akidah.

Mungkin antara kita ada yg terlepas pandang bahawa asal pakai tudung jew dah cukup..padahal aurat wanita lebih dari itu..mari kita check kesilapan2 kita:

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat/sekolah sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.  SETUJU?

sumber diperolehi daripada : http://smsawomen.blogspot.com


Pemikiran sesetengah wanita zaman alaf baru kini yang kekurangan ilmu  meluaskan idea mereka yang menganggap hijab sebagai fesyen. Berfesyen tidak salah tetapi perkara utama untuk bertudung adalah niat kita untuk menutup aurat barulah boleh diikuti fesyen bukan , perkara utama fesyen kemudian baru tudung... itu adalah salah!!!!  Ingin aku tegaskan bahawa pemakaian tudung adalah berniat untuk menutup aurat dan menutup aurat adalah wajib setrta tuntutan agama.


Comments

Popular Posts