Diam itu aku..


Aku seorang yang tak banyak bercakap. Aku memang seorang pendiam... Zaman sekolah dulu aku seorang yang ceria dan banyak cakap. Aku punya ramai kawan dan aku berkawan dengan semua orang. Aku baik dengan dengan semua orang dan tak pernah berprasangka pada orang disekeliling ku. Bila aku berkawan ... aku betul - betul menjadi seorang rakan yang baik. Percaya pada rakan - rakan ku...



Namun aku masih muda, di situ la aku mula belajar pengkhianatan, cemburu dan benda - benda semulajadi yang ada dalam kehidupan manusia. Sebenarnya aku ini hanya manusia biasa tanpa apa - apa kelebihan. Aku terima kehidupan aku sebegitu tapi dalam kebiasaan itu wujud juga khianat dari kawan baik sendiri yang ternoda dengan hasutan syaitan. Aku belajar tentang pengkhianatan dari kawan baik aku sendiri. Aku rasa sangat terkilan kerana rakan baik sendiri rupa nya yang mengkhianati aku...



Apa perasaan anda semua jika anda dikhianati oleh kawan baik sendiri? Bukan niat untuk mengingat kisah lepas yang melukakan hati tetapi kerana peristiwa itu lah yang mendidik aku supaya berfikir sebelum buat sesuatu dan bercakap hanya bila perlu. Sebenarnya aku sehingga sekarang tidak pasti apa yang membuatkan kawan baik aku menjadi benci dan menikam aku dari belakang.. aku tidak tau apa yang mendorong dia berbuat begitu tetapi apa yang aku yakin ialah kerana aku yang terlalu banyak bercakap dan mesra pada semua orang tidak disukai oleh sesetengah pihak.... dan juga kawan aku sendiri...



Namun, bila telah tersebar cerita buruk yang dibuat oleh kawan aku sendiri... dan aku menghadapi nya dengan hanya berdiam diri, orang disekeliling yang telah terpengaruh dengan kata - kata yang sedap didengar oleh telinga dan hati muda serta akal yang pendek. Pandangan serong aku terima dari mereka dek kerana percaya dengan kata - kata fitnah itu..... namun aku hanya diam, diam dan diam...



Masa demi masa yang berlalu akhirnya kawan aku sendiri meminta maaf dari aku dan memohon ampun kerana kekhilafan nya itu. Aku terima kesalahannya itu dan memaafkan nya kerana aku tidak sampai hati untuk tidak memaafkan nya.. dan dari situ juga aku mula sedar... jika kita benar kita akan selalu benar.... Aku sangat percaya bahawa walaupun tiada siapa yang tahu kebenaran tetapi yang penting sekali ialah 'Allah SWT tahu kebenarannya dan sampai masa Dia akan bukakan pintu kebenaranya." Aku sabar dan sabar... kerana yang benar akan terlihat jua... itulah yang aku praktikkan sehingga kini.



Dari situ la baru aku sedar... diam itu bukan bererti kita salah, diam itu bukan bererti kita kalah dan diam itu bukan bererti kita lemah. Diam itu kerana berfikir, diam itu kerana mencari damai. Diam itu kerana tenang dan yang paling penting diam itu adalah sabar.... dan aku percaya dan aku merasai Sabar itu separuh dari Iman....



Namun ramai yang salah faham dengan sifat diam itu. Ramai yang mengerti diam itu erti lemah, diam itu erti kalah dan diam itu erti dingin dan diam itu erti kalah.... jika itu yang mereka fikirkan maka amat cetek la pemikiran mereka itu kerana kurang pengalaman dalam hidup.



Kawan - kawan aku yang mengkhianati aku dahulu, aku tidak memusuhi mereka. Malah aku masih berkawan dengan mereka. Mereka juga ada rasa malu dengan diri sendiri kerana kesilapan yang mereka lakukan. Aku tidak mengkhianati sesiapa dalam hidup ini dan tidak pernha cemburu atau dengki pada sesiapa.. kerana sekiranya orang disekeliling ku berjaya lebih dari aku itu adalah rezekinya dan akan tiba masa jika rezeki ku.. aku juga bisa berjaya jika Allah menghendakinya.



Aku juga perasan.. ada dikalangan kawan ku sekarang yang baru mengenali aku tidak senang dengan cara aku yang diam... seolah ingin menghakimi aku yang aku tidak boleh hidup dengan cara ku itu... excuse me...! setiap orang mempunyai cara untuk meluahkan pendapat dan bagi aku, aku hanya perlu berbicara bila perlu dan apa yang diperkatakan itu adalah sesuatu yang merupakan minat aku.. masa itu aku akan bercakap dengan penuh minat dan susah untuk berhenti.... aku juga ingin mohon maaf pada orang - orang di sekeliling ku jika sifat diam ku itu menganggu kamu, jika diam itu menyusahkan kamu dan jika diam itu meresahkan kamu...... kerana aku lebih senang menyelesaikan kerja dan membantu dalam diam.....


Bagi aku tidak guna juga jika seseorang itu seorang yang banyak bercakap tetapi tiada kualiti dan tidak bisa bekerja.... berlagak seolah -olah bijak pandai tetapi sebenarnya hanya "tin kosong" sahaja.... baik jadi seperti ubi..diam - diam didalam tanah tetapi rupanya berisi....

Comments

Popular Posts