Wednesday, December 17, 2014

Solat Ketika Hamil

Assalamualaikum..pada rakan - rakan blogger

Hari ni aku nak berkongsi cerita tentang solat ketika hamil... dari anak pertama aku hamil bila msuk 5 bulan aku dah tak mampu untuk sujud ketika solat. Ketika sujud aku rasa sesak nafas dan beban yang berat di bahagian perut dan pangkal paha aku rasa sangat sakit.. dan ketika duduk antara 2 sujud kaki cepat kebas.. dan nak bangun semula memang ambil masa yang lama... dasat sungguh semput aku ni... yelah, aku sedar.. aku ni kategori perut besar jika mengandung sebab aku kan rendang je... (faham - faham la ek... ) So, aku bertanya pada akak - akak di ofis berkenaan masalah aku.. rupanya.. wanita hamil boleh sembahyang sambil duduk.

 Jadi masa kandungan bulan 5 aku mula sembahyang duduk atas lantai.. alhamdulilah.. ringan sikit rasanya bila buat ibadah.. dan sekali tu aku ditegur oleh makcik yang ketika itu aku bersolat di surau RnR Seri Kembangan. Dia tegur aku selepas aku habis solat.. dia kata walaumacam mana pun ketidakmampuan aku.. sekiranya aku masih mampu berjalan aku kena sembahyang berdiri.. aku rasa dia tak nampak perut aku yg boyot tu.. pas tu aku citer la yang aku mengandung.. then dia faham.. tapi aku xberapa faham apa yang dia cuba sampaikan pada masa itu... 

Dan kini aku cuba google dan cari cara solat ketika hamil.. rupanya, cara aku solat tu kaedahnya xberapa betul.. dan saat itulah baru aku faham apa yang cuba disampaikan oleh mak cik tu.. Rupanya, jika kita masih mampu berjalan maka kita masih mampu untuk solat dalam keadaan berdiri dan sujud baru kita duduk (atas kerusi then bangun balik untuk rakaat seterusnya) melainkan kita dh sakit sehingga tak mampu untuk berdiri barulah kita boleh sembahyang duduk terus.



Itulah silap aku ni.. bertanya pada ramai orang tapi xcuba cari info tepat tentang cara bersolat.. jadi pada semua kawan2 yang tengah sarat.... sama sama lah kita mencari kaedah sebetulnya untuk sempurnakan solat kita walau macam manapun keadaan kita.. 

Di sini juga aku ingin berkongsi dengan kamu semua artikel yang dipetik dari Akhbar Sinar tentang Solat Ibu Hamil... selamat membaca!

MENGANDUNG adalah saat yang diimpikan seorang wanita bergelar isteri. Kelebihan ibu hamil adalah ALLAH SWT memberikan keringanan (rukhsah) dalam melakukan ibadah seperti solat.

Jika bersolat di surau atau masjid, kita mungkin melihat ibu mengandung menunaikan solat secara duduk atau duduk di atas kerusi. Pernah terdengar orang mengata, “Tadi berjalan elok je, kenapa bila solat, dia duduk.”

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan solat lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Riwayat Ahmad)

Pensyarah Akademik Pengajian Islam Kontemporari (Acis), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor, Ustazah Siti Fatahiyah Mahamood menyifatkan situasi itu adalah kemudahan diberikan ALLAH kepada mereka yang mempunyai alasan kukuh.
“Solat adalah perkara diwajibkan ke atas umat Islam, tak kira dalam keadaan sihat atau sakit selagi dia berada dalam ruang lingkup syarat wajib solat.

“Solat tidak boleh ditinggalkan kerana itu adalah ibadah utama Muslim. Bagi mereka yang kurang berkemampuan untuk mengerjakan solat secara berdiri, dibolehkan baginya solat mengikut kemampuannya seperti duduk ataupun baring.

“Begitu juga wanita hamil yang mengalami kesukaran berbeza antara satu sama lain. Jika wanita itu mampu bersolat secara berdiri dengan sempurna, maka diwajibkan ke atasnya solat berdiri.

“Sekiranya dia tidak mampu berdiri, dibolehkan ke atasnya solat duduk atau baring mengikut kemampuannya ketika mengerjakan solat,” katanya kepada Rehal.

Menurutnya, hak wuduk bagi wanita hamil dalam istihadah sama seperti wanita lain yang mengalami istihadah. Merujuk Kitab al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah karangan Syeikh ‘Abdurrahman al-Jazairi : Menurut Mazhab Syafi’ie satu wuduk hanya untuk satu solat fardu sahaja. Jika dia ingin mengerjakan berbilang-bilang solat fardu (seperti solat qadak, nazar atau menjamakkan) dia wajib mengulangi wuduknya.

Untuk mengerjakan solat sunat, harus dia mengerjakan seberapa banyak solat sunat yang diingini dengan satu wuduk.

Namun menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali; harus dia mengerjakan dengan satu wuduk seberapa banyak solat fardu yang dikehendaki, iaitu tiada beza dengan solat sunat.

Di sebalik segala kesusahan dan kesukaran yang dihadapi oleh wanita ketika proses kehamilan, di situlah terbitnya salah satu rahsia apabila ALLAH mewajibkan kita mentaati ibu dan ayah.

5 comments:

  1. thanks for sharing..sy nak masuk anak ke-3, tgh 7 months pregnant baru nak try solat duduk..selama ni x berani buat takut salah..gagah jugakla walaupun mengah..

    ReplyDelete
  2. solat duduk maksudnya masa sujud je duduk atau boleh terus duduk utk rukuk seterusnya pada rakaat kedua?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam..... solat duduk.. ikut kemampuan, jika kita mampu berdiri kita solat berdiri dan duduk ketika sujud sahaja. tetapi jika kita tidak mampu berdiri lama, maka kita solat dalam duduk.

      Kebiasaanya, ibu hamil ni tak mampu nak sujud sebab tu solat , duduk semasa sujud.

      Tapi saudari boleh rujuk pada pakar agama utk jawapan yg lebih jelas.

      terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.

      Delete
  3. Sy sekarang sedang mengandung 7 bulan, anak sulung. Sy pun cepat mengah, kaki pun bengkak agak teruk tak tahu kenapa dan sy solat duduk sbb tak larat nak bangun lepas sujud. Sedih bila kawan-kawan di pejabat perli, cakap sy mengada-ngada, dorang anak dah 3 pun tak pernah solat duduk. Sabar je la...

    ReplyDelete
  4. Sy baru hamil 3 bulan. Mslh sy tak blh nk berdiri lama, sy mula pening dan meloya nak muntah. Jd sy solat duduk. sy tak pasti solat sy betul ke tidak tetapi sy harap Allah akan menerimanya.

    ReplyDelete

*

#

$

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...