Bye Bye Pampers
Bismillahirahmanirahim....
Assalamualaikum semua..
Hari ni aku nak berkongsi dengan semua mengenai anak pertama aku yang dah bebas dari pampers..
Alhamdulilah.. dalam usia 2 thn 8 bulan Awra Nashrullah dah bebas dari pampers 90%. Cerita bermula bila ku berkongsi cerita dengan akak2 di ofis...Kalu ikutkan cerita kakak2 ditempat aku kerja anak mereka paling lama pakai pampers setahun lebih.. ada jugak yang cukup setahun then terus xpakai pampers.. kagumnya aku.. macam mana diorg boleh latih anak2 diorg mcm tu... so aku pun bincang dengan suami.. Awra dh 2 thn lebih tapi masih pakai pampers.. anak orang lain usia ni dah tak pakai.. macam ner tu?? So, aku kutip dan ikut cara2 akak2 di ofis train anak diorg.. huby pun ada sembang jugak dengan kawan2 di ofis .. so lepas bincang kami setuju untuk mulakan Project Pamper Free.
Pengenalan mengenai kencing dan poo poo di dalam Tandas
Mula - mula abi dia mulakan dengan membawa Awra ke tandas, tanggalkan pampers dan suruh dia kencing. Awra ikut je... setiap 2 jam awra akan dibawa ke tandas dan suruh dia kencing. ok, semuanya ok.. naseb baik Awra ok je
Lapor Bila Nak Poo Poo dan Kencing
Kemudian, abi dia ajar Awra bagitahu bila dia nak poo poo dan bila dia nak kencing. Projek ni kena mula di hujung minggu jadi senang bila dia nak poo poo or kecing terus leh bawa ke tandas. Hari tu kami asyik stanby je.. huby memang bagi sepenuh komitmen untuk latih awra free pampers. Kalu x silap.. cara ni berjaya.. cuma sekali je dia terkencing di ruang tamu.. then after that.. everything ok..
Maklumkan Pada Cikgu Taska
Bila dia dah ok di rumah.. dia dah mula bagitahu yang dia nak 'yak' dan nak 'cing' kami ke langkah seterusnya dengan memaklumkan pada cikgu taska Awra dah tak pakai pampers dan kami maklumkan pada cikgu yang dia akan bgtau pada cikgu sekiranya dia nak berak atau kencing. Alhamdulilah.. cikgu kata semuanya ok.. tak payah pakai pampers dah..
Tapi..... masa tidur atau jalan jauh kami masih kena pakaikan pampers.. sebab dia masih xdapat nk control kencing masa tidur dan masa jalan jauh.. susah nak berhenti di tepi jalan so senang citer pakaikan pampers.. sbb penah terjadi di highway tiba2 dia bagitahu yang dia nak kencing... kat highway memang xboleh berhenti.. dan RnR masih jauh.. jadi aku terpaksa pujuk dia supaya tahan.. dan situasi agak kecoh.. tapi neseb baik dia boleh bertahan sehingga jumpa RNR...
So itulah cerita tentang Awra dan pampers.. sebenarnya jika kita rajin.. lebih awal kita boleh pisahkan anak dengan pampers.. tapi jika di rumah pengasuh atau taska ia akan menyusahkan mereka kerana kena selalu kerap bawa mereka ke tandas.. so buatlah pendekatan yang sebaiknya untuk hentikan anak kita dari pampers.. ini cerita versi Awra.. citer anak anak korang macam mana pulak.. jom sharing..
Ibu bersama abg Awra Nashrullah yang tersayang. |
Comments
Post a Comment