Makanan Tambahan Ibu Hamil

As salam semua... hari ni aku nak berkongsi dengan kamu semua permakanan aku semasa hamil.. aku amat menitik beratkan makanan semasa hamil agar bayi dalam kandungan sihat .. kerana jika anak kekurangan zat banyak kesannya apabila bayi lahir nanti. Dan ini kehamilan ketiga.. lagilah aku ada pengalaman hamil sebelum ni dan kesanya yang berbeza antara anak pertama dan kedua. Ini adalah disebabkan oleh permakanan kita semasa hamil.. kerana itu jagalah permakanan kita demi anak yang tersayang...mengandung kali ini aku banyak mengamalkan makanan2 yang disunnahkan  oleh Rasullulah SAW...antaranya yang aku amalkan adalah madu, minyak zaitun, habatus sauda, buah delima, kurma dan  kismis.

 Kurma, Kismis dan Madu

bekas cantik untuk buah kurma dan kismis.. pic madu xda..

Makanan yang berasaskan sunnah ini kaya dengan zat dan vitamin yang tinggi bagi memberi tenaga yang optimum kepada ibu hamil. Ianya mampu melancarkan perjalanan darah dan kebaikkan kepada tumbesaran minda bayi dalam kandungan. Madu aku beli di Lipis.. madu asli wpun harga mahal namun alhamdulilah.. aku rasa bertenaga  sejak mengambil madu asli ni.. tiap malam sebelum tidur aku amalkan makan sesudu besar menggunakan sudu plastik(mmg kna guna sudu plastik)

Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.(AMIN!!!)

Minyak Zaitun 

Kapsul Minyak Zaitun yang aku makan sepanjang hamil

Makanan sunnah antaranya adalah minyak zaitun. Aku baru mula minum  zaitun, untuk mengandung anak ketiga.. sebab sebelum ni tak cukup ilmu. Aku makan yang pil.. jenuh jugak cari sebab banyak jenis yang kena telan gitu je.. namun aku berusaha.. naseb baik da satu kedai di Bentong yang jual jenis kapsul... sebenarnya da je kat internet.. tapi nk try dulu cari di sekitar dan alhamdulilah.. murah je harganya.. minyak zaitun ni bagus untuk ibu hamil dan banyak khasiatnya...dan katanya mudahkan bersalin Insya Allah.... Sejak hamil dari anak pertama memang aku akan gunakan minyak zaitun dalam masakan..

Dari Abi Asaid bin Tsabit bahawa Rasulullah bersabda, ” Makanlah minyak zaitun dan gunakanlah ia sebagai minyak. Sungguh, ia berasal dari pokok yang diberkati.” (HR. At-Tirmidzi. Hadis hasan li ghairihi)

Kajian dari Harvard School ada menyarankan ibu Hamil mengambil minyak zaitun untuk mengurangkan risiko anak mengalami austism....Wallahua'lam.

Minyak zaitun sudah diketahui khasiat dan manfaat,Lemak yang baik untuk ibu dan bayi selain buah avocado dan kekacang. Gunakan minyak zaitun semasa hamil, semasa pantang dan selepas pantang. Ketika pantang boleh menggunakan minyak zaitun untuk memasak menu sihat seperti sup sayur, sup ikan haruan, nasi goreng herba dan sebagainya.

 Virgin coconut oil

Kapsul Minyak Kelapa Dara yang aku makan di timester akhir
Aku mula ambil VCO masa trimester akhir masa hamil anak ke 2.. alhamdulilah.. Afiq memang senang bersalin dan awal dari due datenya... sumber yang aku dapat dari internet..Virgin coconut oil/ vco oil  bagus untuk ibu hamil. Ia membekalkan tenaga, membuat kita kelihatan lebih ceria dan insya Allah memudahkan bersalin.(Pengambilan minyak kelapa merupakan antara petua utk memudahkan proses kelahiran.) Ia juga boleh mengelakkan jaundice kepada baby. Masalah perut berparut atau strechmark dapat dikurangkan dengan menyapu vco. So, aku memang cadangkan pada semua untuk mengambil VCO masa hamil.. utk anak kita yang comel.. yang ni pun aku ambil yang dalam bentuk kapsul..

Pati Buah Delima
Pati Buah Delima yang aku ambil dari mula trimester akhir

Mengandung kali ketiga ni.. aku try jugak makan delima.. aku makan jenis pati delima... sebab sumber yang aku dapat dari internet mengatakan...buah delima atau ar-rumman dalam bahasa Arab disebut tiga kali dalam Al-Quran. Ia antara pokok di syurga. Kini delima ditanam dari sejauh China sehinggalah California. Bagi ibu mengandung ia amat sesuai kerana buah ni mengandungi jumlah potassium yang besar, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga pergerakan jantung agar tetap normal (especially bagi ibu dan perkembangan fetusnya).

Ia dapat membantu mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kerosakan otak disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah dalam darah.Jus delima juga merupakan salah satu sumber asid folik yang diperlukan kandungan. Khasiat lain buah/jus delima kepada ibu mengandung ialah Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur(kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema (macam bengkak kaki ketika hamil), dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali mengandung atau lebih dari 3 kali pregnancy)

Habbatus Sauda 

Kapsul Habattus Sauda yang aku makan bila masuk 8 bulan

Aku makan hbs ni sebab dikatakan ia sangat bagus untuk sistem imum badan, membekalkan tenaga kerana cirinya anti bakteria, anti virus, anti histamin, anti fungus, anti oksidan serta membantu mengatasi pelbagai penyakit seperti alahan, asma, bronkitis, eczema dan batuk. Ia juga dikatakan  mampu memperbanyak air susu ibu. Selain itu, ia bagus untuk mengawal kolestorol dan kadar gula.
So, untuk ibu mengandung yang memang tidak dibenarkan langsung untuk mengambil sebarang ubat semasa mengandung memang sesuai makan hbs ni...  Aku juga terbaca ramai ibu hamil yang makan hbs ni bila nak g check up sebab ia akan menaikkan HB darah..bg yang HB rendah... namun aku ada terbaca jugak  bahawa hbs ni tak berapa elok untuk wanita hamil sebab khasiat hbs ni sesuai untuk ibu yang baru melahirkan. Ia membantu dalam pengecutan rahim dan memperbanyakkan susu. Jika ibu hamil ambil bimbang akan berlaku keguguran atau bersalin awal kerana ia mengalakkan pengecutan rahim. So, aku stop dulu dan akan sambung makan bila kandungan aku mencecah 9 bulan.

Pil Kalsium

 Sepanjang tempoh mengandung kali ini aku tak minum susu sangat... sebulan sekali je aku minum susu... aku akan amik pil kalsium.. dan ia banyak mebantu.. aku tidak mengalami kekejangan langsung.. tak seperti mengandung anak pertama dan kedua.. aku mengalami kekejangan tahap dasat.. rasa sama sakit macam nak bersalin rasanya.. tiap kali menahan sakit dari kejang kaki sampai menitis air mata.. Tuhan je tahu sakitnya.. tapi kali ni sekali pun tak der.. nampak sangat makan pil kalsium lebih baik dari minum susu yang lebih kepada menyumbnag pada berat badan yang berlebihan..  
Di dalam buku Perubatan Nabi, tulisan Imam Ibn Qayyim sendiri telah menjelaskan mengenai pengambilan Habbatus Sauda untuk wanita yang hamil. Menurut Imam Ibn Qayyim, wanita yang sedang hamil atau merancang untuk hamil tidak digalakkan atau elakkan dari mengambil Habbatus Sauda walaupun Habbatus Sauda mujarab dalam mengubati pelbagai jenis penyakit terutamanya yang mengalami masalah alahan ataupun selsema. Habbatus Sauda mempunyai kesan dalam pengecutan rahim yang boleh menghalang kehamilan, menyebabkan kelahiran awal atau keguguran jika diambil secara berlebihan semasa sedang hamil. Kesimpulannya, Wanita yang sedang hamil atau merancang untuk hamil elakkan dari mengambil Habbatus Suada. Habbatus Sauda yang mempunyai kesan pengecutan rahim ini baik diamalkan oleh wanita selepas melahirkan anak. Selain membantu mengecutkan rahim selepas bersalin, Habbatus Sauda juga terbukti membantu penghasilan susu ibu. Jika amalkan Habbatus Sauda selepas bersalin, Insya-Allah pengeluaran susu ibu untuk bayi akan bertambah banyak.

Make Money at : http://bit.ly/best_tips

Minyak Ikan Omega Shaklee

mengandung kali ini aku juga amalkan minyak ikan omega Shaklee tapi hanya di Trimester 2.. masuk trimester ke3 aku terus stop. Aku ikut instruction Shaklee.. sbb katanya tak sesuai untuk di makan di trimester ke 3.

So, ini antara usaha yang aku mampu buat untuk lahirkan bayi yang sihat. Aku harap bayi dalam kandungan akan sihat dan aku dapat melahirkanya dengan normal tanpa sebarang komplikasi. Apa yang aku lakukan ini hanya untuk melahirkan amanah Allah yang terbaik. Semuanya kita dah usahakan.. keputusanya hanya Allah yang tentukan. Moga aku akan selamat melahirkan.. Doakan aku dan bayi selamat semua.. wasalam.

Comments

  1. terima kasih di ataS suggestion makanan untuk ibu mengandung. setiap ibu mengandung memang memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk perkembangan anak dalam kandunga

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts