Sakit Gigi!

Assalamualaikum...

Kisah ni aku tulis masa kandungan aku genap 7 bulan aka 28minggu.. untuk anak ketiga ni..tiba masa untuk aku pergi check up dan scan di Klinik Kesihatan Karak. Tiba minggu 28 aku perlu dicucuk dengan vaksin kancing gigi sekali, scan untuk 7 bulan dan minum air gula sebab berat badan aku naik melebihi 600gm.

Pemeriksaan Rutin Bulanan

Pemeriksaan seperti biasa, buat urine test bagus.. Alhamdulilah, sepanjang mengandung dari anak kedua hingga anak ketiga xda masalah air kencing kotor. Kemudian cek hb.. masih ok cuma rendah.. cuma 11.. masih ok. then cek tekanan darah.. sangat rendah.. aku bgtau nurse sbb aku tak makan lagi ku. Aku jika nak cek memang aku xakan makan pagi tu dah selesai semua baru aku akan makan dan biasanya jam 11 pg akan selesai semuanya. Then, nurse akan cek dengupan jantung baby.. alhamdulilah senang je nak jumpa degupan jantungnya..da semuanya ok.

Vaksin Kancing Gigi

Vaksin ni akan dicucuk dlm trimester ke3.. masa anak pertama 2 kali.. lepas tu sekali saja.. masuk hari ni dh hari ketiga tapi bahu yg dicucuk masih terasa berat.. itulah kesanya.. tahan je lah..

Scan 2D

Lepas kena cucuk  baru jumpa doc.. masuk bilik terus doc suruh naik atas katil.. doc terus sapu gel dan letak alat pengimbas.. terus nampak kepala bulat bb ibu. Bila dah tengok kepala dia di bawah.. bukan main hati gembira.. tuhan saja yang tahu.. rasanya nak bersalin terus pun ok.. terus doc cek kaki , tangan, jantung dan perut... semuanya aku nampak dengan jelas wpun 2d.. tak macam anak pertama.. doc tunjuk satu pun aku tak nampak.. aku angguk je.. dh byk pengalaman baru aku nampak.. kebentulan masa doc cek bb xberhenti menendang.. sebijik nampak tapak kaki dia di pemgimbas.. kaki kecik tu bergerak2.. alahai comelnya.. rasa nak gigit je..nampak peha dan lututnya.. bb ok.. doc cek plak air ketuban.. naseb baik semuanya ok.. cantik.. then siap scan doc cek apa yg nurse cek tadi.. um.. berat lebih 600gm.. dco senyum2.. tanya da history kencing manis tak.. aku cakap mmg xda..pernah minum air gula .. aku ckp dari anak no 1 genap 7 bln aku memang kena minum air gula sebab nak cek ada tak kencing manis.. tapi alhamdulilah.. semuanya tak lekat.. so doc kata.. xper kita ikut prosedur je.. wpun xda kencing manis.. senang jika ada yg argue nanti.. ok, kena stanby minum air gula pulak.. adoyai.. redha je lah..

MOGTT

Aku kena melalui ujian MOGTT iaitu minum air gula sebab doc kata berat badan aku lebih 600g... itulah hakikatnya.. lebih sikit pun kena minum air gula.. derita aku.. sebab prosesnya kena puasa malam nya bermula 8mlm hingga keesokannya.. tak boleh makan dan minum di Klinik Kesihatan Karak ni... (tapi masa kat Putrajaya dulu nurse bg minum air masak cuma xleh makan jadi aku hanya minum air masak je).. kena amik darah.. minum air gula iaitu air campur gula yang sangat manis. kemudian, tunggu 2 jam then, amik darah semula untuk cek kandungan darah.. alhamdulilah.. semuanya selamat.. bebas gula. Setiap kali mengandung memang aku kena minum sekali air gula.. sbb berat lebih 500g or 600g.. dan umur lebih dari 25 tahun... tapi aku memang tiada sejarah keluarga kencing manis.. dan memang tiada kencing manis... sbb tu kena banyak minum air masak atau air putih.


Sakit Gigi

Sebenarnya aku nak berkongsi sesuati yang lebih best sebenarnya.. dlm minggu ni aku sakit gigi.. Ya Allah.. tuhan saja yg tau betapa sakitnya gigi geraham ni.. pelik sbb xmengandung tak sakit mcm ni.. dh masuk 7 bln ni bkn main sakit.. dh 3 hari sejak masuk 7 bln ni asyik sakit je.. bayangkan nak solat pun terganggu.. nak drive pun xthan rasa macam nak tumbang.. tapi kena drive jugak nak g amik anak dari taska.. bawak jugak sampai ke rumah.. tengok2 huby dh ada kat rumah.. alhamdulilah.. terus senyum dalam sakit..  sakit gigi ni buat aku xlarat nk bercakap dan makan.. malam tu aku hirup sup cendawan je.. dapat la buat alas perut.. sakit pada malam tu hingga xboleh tido.. aku tahan dan buat2 bodoh je.. tengok tv.. sambil suami suruh aku berkumur dengan air suam dengan garam.. tahan kejap sbb air panas tu..then 2 minit lepas tu sakit semula.. aku pergi pulak berus gigi.. kut la lh hilang.. xjugak.. alamak.. aduyai.. sakitnya.

Then aku amik 2 biji kapsul kalsium dan telan.. usaha aku untuk hilangkan sakit tu.. namun gagal jugak...Huby kesian tgk aku sakit.. dia tanya leh tak amik ubat tahan sakit.. aku kata memang xleh.. nampaknya kena tahan je lah.. aku leh tahan hingga jam 9.30mlm then aku minta dgn huby nak tido. Terus rebah ke katil... sakit.. jugak.. mata xnk lena tapi aku pejam je hingga aku terlena.. huby kejut tgh mlm tya sakit tak.. aku kata tahan je... then aku sedar pagi esoknya sakit tu hilang.. tapi da sakit sikit2.. ok la tu berbanding semalam.. alhamdulilah.. so aku survey dalam google.. rupanya.. memang ada ibu mengandung akan sakit gigi.. lebih2 lagi gigi geharam.. sebijik mcm yg aku rasa.. so menurut artikel tu....


Bolehkah wanita hamil mencabut gigi yang rosak. Ibu hamil dikatakan tidak boleh melakukan prosedur mencabut gigi. Mitos atau kenyataan?
Kenyataannya, walaupun seorang wanita itu sedang hamil, mereka boleh menjalani rutin pemeriksaan berkala dan rawatan gigi, namun pastikan ia tidak membabitkan prosedur agresif. Bakal ibu dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang rawatan seperti cabutan membabitkan suntikan pelalian terutama pada tiga bulan terawal dan tiga bulan terakhir kehamilan.
Trimester pertama dan ketiga adalah waktu penting kehamilan, yang mana janin sedang berkembang. Justeru, sebarang rawatan membabitkan suntikan yang terus masuk ke dalam darah perlu dielakkan begitu juga dengan pengambilan ubat antibiotik, tahan sakit serta imbasan X. Bagaimanapun, jangan salah faham sehingga tidak bertemu doktor walaupun mengalami masalah gigi serius kerana mencuci plak atau tampalan boleh dilakukan seperti biasa. Malah, jika masalah gigi serius sehingga perlukan suntikan, dos rendah akan dikenakan.

Ketika hamil, gusi juga mudah bengkak dan mendapat jangkitan berpunca daripada perubahan hormon yang menyebabkan bertambahnya pengaliran darah di dalam badan. Kebiasaannya, ibu mengandung mengalami sedikit pendarahan pada gusi mereka dan ia biasanya berlaku ketika memberus atau melakukan flos di celah gigi.
Gusi bengkak atau gingivitis jika dibiar boleh menyebabkan penyakit gusi kronik atau pun dipanggil periodontal disease yang akhirnya menjejaskan bayi dalam kandungan. Kesannya, ibu mungkin bersalin awal atau bayi tidak cukup berat ketika lahir.
Doktor juga tidak akan mengambil risiko membuat rawatan jika ibu hamil mengalami bengkak gusi kerana bimbang berlaku pendarahan yang banyak dan boleh memberi risiko kepada ibu. Justeru ibu hamil dinasihatkan berjumpa doktor gigi jika mengalami sebarang ketidakselesaan terhadap gigi mereka sepanjang tempoh kehamilan.
Selain daripada masalah gusi, kerosakan gigi adalah masalah kedua sering dialami ibu hamil. Ia biasanya berlaku kerana mulut cenderung berasid dan air liur juga kering. Oleh sebab kebanyakan wanita hamil mengalami morning sickness dan ketika muntah, jus gastrik bersifat asid dari perut akan termasuk ke dalam mulut yang akhirnya boleh menghakis permukaan gigi.
Pakar pergigian memberitahu kaedah terbaik yang perlu dilakukan iaitu sentiasa amalkan berkumur dengan air kosong atau menggunakan ubat kumur bagi meneutralkan kembali mulut. Apa pun seeloknya ibu dinasihatkan menjalani rawatan rutin pergigian sebelum hamil atau sebelum merancang untuk hamil.

So bila baca artikel ni baru aku faham.. so aku memang xboleh nak cabut gigi ni sebab kandungan dh masuk 7 bln.. so aku cuma berdoa agar sakit gigi ni akan hilang... secara semulajadi.Bila kandungan masuk 8 bulan akhirnya sakit tu hilang.. alhamdulilah.

Comments

Popular Posts