Cerita 1st Time Scan 3D/4D

Assalamualaikum......

Hari ni aku nak belanja  korang semua.. hanya yang baca blog ni je yang boleh tengok yer.. tidak boleh dilihat dari mana - mana alam maya... kat blog ini sahaja...pic mahal baby aku yang ketiga yang sekarang masih dalam womb ibu dia.. saat tengah menulis ni .. dia tengah sibuk kicking kicking ibu dia... perasaan mebuak - buak nak lahir kan dia makin kuat ni.. tapi sabar yer baby.. tunggu bulan satu 2015 baru kuar yer,.. tunggu hujung bulan satu ek.. hehehe...


Scan 2D baby ketiga aku.. comel tak?

Bila tengok pic ni.. Ya Allah.. comelnya dia. Muncung mulut tu.. geram ibu tengok.. ini bukan pic yg dicari dari mr google yer... ini pic bb aku.. buktinya, semua info lengkap kat pic tu.. cer tengok betul - betul... hehehe..siap da nama, masa dan tarikh... segar dari ladang... So untuk pic - pic yang comel ni kredit to Miss Jezzlyn.. dari 3D 4D Scan Malaysia . Aku scan ni di Klinik Fauziah, Ampang, Selangor. Alhamdulilah...hasil pembacaan aku di blog2 orang lain.. membuatkan aku berjumpa jugak dengan Miss Jezzlyn yang cute dan lemah lembut tu.. sanggup dari Karak ke Ampang...pada sesiapa yang follow 3D 4D Scan Malaysia mesti dah tau sangat dengan Miss Jezzlyn ni.. siapa yang banyak baca blog cari maklumat scan 3D mesti akan selalu jumpa nama dia.. memang dia antara snonographer yang popular sekitar Selangor dan KL.. So,  bila kami sampai di sana.. rupanya klinik tu sangat biasa.. kecik jer.. tapi orang di dalam sangat ramai.. tapi sebab dah buat temujanji di 3D 4D Scan Malaysia.. maka aku tak perlu tunggu lama.. sampai cakap ada temujanji terus suruh tunggu.. xyah nak isi borang apa.. ic pun minta.. memang sgt senang,.. yg susahnya cari klinik tu sebab kami sesat.. sblm sampai sana.. hahaha..


Scan 3D Baby ketiga aku.. comel tak?

Aku scan baby di usia minggu ke 29... untuk scan 3d memang hanya boleh untuk 26 minggu ke atas. Prosedur nak buat temujanji scan ni sangat mudah.. hanyak perlu buka FB 3D 4D Scan Malaysia  pilih  tarikh  temujanji mengikut masa kita dan buka laman web  3D 4D Scan Malaysia then sistem akan emailkan pada kita slip temujanji yang berjaya dibuat. Kita boleh pilih sonographer yang kita nak.. macam aku dah terpikat dengan Miss Jezzlyn.

Bila aku sampai di sana.. kebetulan hari Sabtu.. memang orang ramai tengah menunggu.. dan aku boleh lihat beberapa ibu yang boyot mcm aku.. so aku yakin yang diorg memang menunggu nak scan jugak.. aku tunggu Miss Jezzlyn dalam 30m wpun dah buat temujanji... bila dipanggil aku masuk ke bilik bersama huby, Awra dan Afiq.. Miss Jezzlyn.. cantik dan comel orangnya.. terus suruh aku berbaring.. aku suruh Awra dan Afiq tengok screen.. supaya mereka dapat tgk adik mereka tapi diorg takut.. ada dia kata hantu... takut takut... tergelak aku, huby dan  Miss Jezzlyn.

Ini kali pertama aku buat scan 3D.. memang teruja.. dan saat lihat bb di screen.. wah.. Miss Jezzlyn kata comelnya bb dia.. pipi dah temban.. dahi luas dan hidung mulut kecik.. masa scan ni.. dia siap kedip2 mata dan menguap lagi.. bukan main susah nak alihkan tangan dari muka dia.. nak sorok jugak muka dia.. masa buat proses scan ni.. aku kena mengiring.. sebab bb duduk di sisi tepi kanan perut aku... dh puas kena tekan dgn Miss Jezzlyn... dia ke kiri palak.. pusing la plak aku.. hingga nampak muka dia dengan jelas.. proses ni ambil masa dalam 20 minit je.. sbb aku tiada apa - apa masalah... bb wpun tgh tido tp bagi kerjasama yang sepatutnya... dan aku memang paus hati.. sbb siap ada 4D lagi.. tapi yang tu aku tak share la di sini.. video bb bergerak dalam perut..

Scan 3D Baby ketiga aku.. comel tak?
Puas Miss Jezzlyn paksa baru dapat tangkap pic ni.... jelas nampak muka mulut hidung dan tangan serta jari dan nampak dengan jelas gender dia tapi yang tu rahsia.. kena follow blog aku baru tau citer bb aku ek... aku memang puas hati.. dengan harga RM120 aku dapat 1 gambar bercetak dan satu CD yang mempunyai banyak pis 3d dan video 4d scan bb dalam perut... dan satu lagi yang mengejutkan aku... masa aku jumpa  Miss Jezzlyn ni.. dia tengah sarat preggy 1st bb dia ... dalam 35 minggu.. menunggu masa nak bersalin..masa aku menulis ni dia tengah cuti bersalin..  aku memang tak sangka.. tapi betulah semua cakap yang dia seorang yang lembut  dan pandai cakap dengan bb.. hahhaa.. sebenarnya.. dia cekap  nak capture pic bb dlm womb kita tu.. bukan senang.. ok.. itulah cerita 1st time scan 3D 4D aku bersama Miss Jezzlyn yang sangat sporting... so jika korang memang nak buat aku memang syorkan... sebab aku diberi khidmat terbaik.. murah dan berbaloi - baloi....trust me!

Comments

  1. terima kasih banyak atas testimonial ye , boleh refer www.3d-4d-scan-malaysia.com atau www.bayi-ibu.com/3d-4d-scan-malaysia untuk latest package ye ... kalau tidak jumpa muka baby FREE , jantina tak nampak free untuk 22minggu keatas , REFUND kalau jantina salah .. guarantee services ye ... 5d scan>> HDlive juga available di ampang , boleh refer kat facebook untuk latest update sonographer bertugas termasuk miss jezzlyn, miss celynn, miss shanice , miss ada , miss irene di facebook >> https://goo.gl/53vyFG ... cuba klik link ni ye.. sebarang masalah semasa booking online sila sms 0176202933/0164383366 (SMS sahaja) , book sahaja bayar semua lepas scan.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts