Hari ini Aku sedih..



Hari ni.... 4 Mei Bapa Saudara aku telah kembali ke Rahmatullah. Ketika aku sedang menulis ini, mayat dia sedang dimandikan di Hospital Usm Kubang Kerian, Kota Bharu Kelantan. Aku rasa sangat sedih hari ini kerana Bapa Saudara yang aku sayangi telah pergi meninggal kan keluarga dan juga kami semua... tapi itulah yang orang kata... bila telah sampai ajal maka pergi lah Ia menemui Tuhan yang Satu... Innalilahwainillahhirajiun... Aku berdoa semoga dia ditempatkan bersama orang2 yang beriman. Al Fatihah.

Sebelum dia meninggal dia koma selama 3 hari. Pakcik aku koma kerana pendarahan dalam otak. Kenapa ada darah dalam otak...........? Kerana Pakcik aku telah dilanggar oleh seorang insan yang tidak bertanggungjawab semasa dia sedang dalam perjalanan ke surau untuk menunaikan sembahyang Maghrib. Kenapa aku cakap tidak bertanggungjawab orang yang langgar pakcik aku tu sebab... lepas dia langgar pakcik aku dia terus lari tanpa kesan. yang tinggal hanya topi keledar dia. Inilah insan yang tidak bertanggungjawab, dah langgar pas tu lari n then dia tak tahu orang yang dia langgar tu dah meninggal dunia... sadis...

Tapi dalam kesedihan aku ini ada perasaan kekesalan kerana keputusan aku untuk kembali ke Kuala Lumpur terlalu tergesa - gesa. Aku fikirkan kerja aku di ofis sehingga aku tak boleh menimbangkan keadaan pakcik aku yang terlantar di Hospital semalam. Sebab aku ingat dia akan kembali pulih... walaupun dia masih koma sewaktu aku melawatnya 1hb - 3hb Mei 2010.

Aku juga ada sedikt rasa terkilan dengan sikap anak2 pakcik aku iaitu sepupu aku yang masih boleh fikirkan kepentingan masing2 tanpa peduli dengan keadaan ayah mereka yang sedang bertarung nyawa untuk hidup...... apa lagi yang lebih penting didunia ini kalau bukan Ibu dan Bapa kita sendiri...... aku sebak kalu fikirkan tentang orang2 yang tak tahu menghargai Ibu dan Bapa mereka....

Aku juga terkilan dengan polis Malaysia. Aku geram kerana bila aku tanya tentang kemalangan pakcik aku, tiada laporan yang diambil. Polis tersebut tak boleh ambil report sebab katanya mangsa sendiri yang kena buat laporan... dah pakcik aku koma macam mana dia nak buat laporan... (ape ke bodoh?) polis tersebut... kalau ikut hati aku nak aje aku buat aduan tentang polis tu tapi sebab anak pakcik aku pun buat bodoh jer aku rasa tak boleh nak buat aper la...

Aku Sedih dan Geram..................

Comments

Popular Posts