Menipu


Dalam hidup ini, sebelum aku tahu cara untuk menangani orang yang suka menipu, aku selalu sakit hati. Aku paling tidak suka orang yang suka menipu.... perasaan geram yang luar biasa akan aku rasa bila aku tahu aku ditipu. Ditipu hidup2 lagi membakar jiwa aku. Masa aku sekolah menengah dulu ada seorang cikgu yang telah mengajar aku cara untuk berhadapan dengan orang yang suka menipu.

Kata cikgu, kita mesti percaya pada apa yang diperkatakan oleh seseorang dan jangan ada rasa sangsi terhadap orang lain. Maksudnya jangan berprasangka buruk terhadap orang lain. Percaya walaupun ada rasa ketidakpercayaan kepada orang tersebut kerana kita mestilah berfikiran apa yang dia ceritakan itu kita anggap sebagai benar dan jika dia menipu itu hak dia untuk menipu dan urusan dia dan Tuhan jika dia menipu kita dan..... kesian kan lah dia kerana dia telah menipu diri dia sendiri. Sejak itu, aku tidak lagi berprasangka buruk pada orang dan aku sentiasa positif. Dan itu membuatkan aku rasa gembira.

Tiada lagi rasa marah pada si penipu... Biarlah dia nak menipu... jika dia rasa itu yang terbaik untuk dia, sebab bagi aku, orang yang paling kesian dalam dunia ni adalah orang yang suka menipu. Jika tidak pun, Tuhan akan tunjukkan yang benar juga pada akhirnya. Allah bagi 'cash' itu yang kawan aku sentiasa sebut dan aku rasa pun memang betul.... Allah memang bagi 'cash'. Dan bagi yang suka menipu, anda akan tertawakan orang yang anda tipu tapi ingatlah happy anda tak lama kerana yang salah tetap salah... dan ingatlah Allah sentiasa mendengar dan memakbulkan doa orang yang dianiaya iaitu orang yang ditipu. Bak kata orang dulu2.. "sepandai - pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga."

Tapi, aku hanya manusia biasa, ada masa aku lupa dengan taktik yang cikgu aku ajarkan tu dan aku akan rasa marah yang amat sangat pada si penipu... tapi bila aku ingat balik pesanan tu, aku akan tersenyum... ^_^

Comments

  1. Terima kasih atas post ni..sgt membantu utk diri saya yg brhadapn dgn situasi begini..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts