Insan bernama Ibu




Semalam hari ibu. Bertuah bagi orang yang ada ibu. Ibu meninggal kerana menderita kanser serviks. sejak dia sakit. Aku sangat perasaan perubahan sikap ibu aku yang berubah menjadi manja dan semacam kebudak - budakan. Dia juga sangat sensitif. Mudah menangis kerana menahan sakit. Aku seakan ingin mengurangkan rasa sakitnya itu tapi apa daya aku. Aku hanya boleh melihat dan dia yang merasa. Dia juga sering terlupa, banyak benda yang dia terlupa.

Satu hari ibu beritahu ayah yang dia ingin balik ke kampung nya, Yala, Thailand. Tapi ayah tak benarkan sebab keadaan dia yang tak mengizinkan tapi dia dengan bersemangat beria - ria ingin pulang ke kampung. Aku yang ketika itu baru selesai Exam STPM (ingat lagi disaat malam berada dihospital Besar Kota Bharu mengurut kakinya sambil mengulangkaji pelajaran dan pagi itu masuk dewan peperiksaan untuk Exam Pengajian Am) tekad untuk membawa ibu pulang ke kampung nya. Aku menyakinkan ayah aku boleh menjaga ibu.

Sesampai di Kampungnya bukan main gembira lagi dia. Dia bersemangat daripada biasa. betapa besar aura tempat kita dilahirkan. Dia berjumpa dengan semua sanak saudara. Dia sangat gembira. dan aku juga gembira melihat dia ceria dari biasa. Tidak lama selepas itu kami ke Haadyai untuk mendapatkan rawatan di Hospital Antarabangsa di sana.

Ibu aku kahwin muda, dan dia melahirkan 10 orang anak. Kata doktor yang merawat ibu ku, faktor kanser serviks ialah seks diusia yang sangat muda dan melahirkan ramai anak tanpa rawatan yang secukupnya semasa melahirkan anak (berpantang yang cukup). Saat itu, aku baru sedar bahawa, betapa pentingnya menjaga diri selepas melahirkan anak. Betapa besarnya pengorbanan ibuku... Saat -saat ini, aku dapat rasakan semangat kekeluargaan kami semakin kuat. Kakak aku setiap minggu melawat kami di Haadyai. selalu cal kami untuk mendapatkan perkembangan keadaan ibu ku. Ketika itu, aku dapat rasakan cabaran Tuhan yang sangat besar kepada kami sekeluarga tapi kami semua hadapi dengan tabah dan aku redha dengan segala keehndaknya. Subhanallah...

Sedang aku asyik menjaga ibu aku di Haadyai, ayah ku cal dan memberitahu bahawa aku telah mendapat tawaran untuk ke UKM. Ayah aku suruh aku balik Ke Malaysia untuk menguruskan kemasukan aku ke UKM. Aku tidak terus balik tetapi aku berfikir.... aku hanya ada seorang ibu dan aku rasa aku harus bertanggungjawab untuk ibu ku. Masa tu, bagi aku, Peluang untuk ke Universiti aku boleh mohon lain kali. Jadi aku dengan tekad membuat keputusan untuk menolak tawaran tersebut. Ayah tak benarkan tapi aku tetap dengan pendirian aku. Aku berkeras untuk menolak tawaran tersebut. Tetapi perkara ni telah diketahui oleh ibu... lalu dia beritahu pada aku, dia amat berharap anak dia dapat masuk Universiti dan anak itu adalah aku... jadi dia nak aku balik.

Tapi aku tetap berdegil dengan keputusan aku. Dalam otak aku pada masa itu, Ibu aku adalah perkara utama, perkara lain tidak penting bagi aku. Aku sangat sayang ibu aku....... tiada yang boleh ganti ibu ku... hanya dia seorang. dia yang melahirkan aku jadi kenapa aku tidak boleh menjaga dia hingga ke akhir hayat dia. Tapi permintaan ibu aku melangkaui semuanya, dia nak juga aku terima tawaran itu dan dia berhasrat untuk menghantar aku ke UKM. Aku terharu jadi dengan semangatnya itu, kami berdua pulang ke Malaysia.

Sampai di Malaysia, aku sibuk meguruskan kemasukan aku ke U.... ibu aku juga exited kerana ini kali pertama anaknya ke U jadi dia sangat teruja tapi dengan kemampuan dia hanya mampu melihat aku membuat persediaan untuk ke sana. TIba masa untuk aku ke Bangi, Selangor keadaan ibu tak mengizinkan dia untuk berjalan jauh. Aku rasa berat hati namun apa daya aku telah berjanji padanya untuk meneruskan pengajian aku. Jadi aku meneruskan permintaan dia... pertama kali aku menjejakan kaki ke Universiti Kebangsaan Malaysia.

Selepas 2 minggu aku berada di UKM satu hari aku terima panggilan dari adik aku kety mengatakan ibu aku sedang tenat dan hanya aku saja adik beradik yang masih belum sampai. Kata kety, Ibu tidak habis2 menyebut nama aku. Tanpa buang masa aku terus menaiki kapal terbang dan pulang ke rumah. Sesampai aku dirumah, aku terus peluk ibu aku dan dia masih cam aku dan masih berdaya menyebut nama aku. Tidak lama selepas tu tengah malam kami semua ramai - ramai tidur bersama ibu dan pada pagi itu ibu menghembuskan nafas dia yang terakhir ketika aku berada di sebelahnya. Aku masih ingat, ketika kakak aku mengatakan ibu dah tiada aku marah padanya dan mengatakan ibu masih ada. Tapi selepas itu aku perlahan - lahan menerima pemergian ibu.

Perasaan tiada ibu sangat - sangat perit kerana dia lah tempat aku bergantung selama ini. Untuk menerima dia tiada disamping kami sekeluarga sangat perit. Aku dapat rasakan kesuraman keluarga kami selepas ketiadaan ibu ku. Aku rasa sangat gelap... tapi aku teruskan berjuang untuk menrealisasikan impian dia yang satu ini. Alhamdulilah, dengan Izin Nya aku telah berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda seperti harapan ibu.



Jadi kepada semua rakan - rakan aku yang masih mempunyai ibu. Hargai lah Insan yang telah melahirkan kita semua. tanpa ibu siapa lah kita. Tanpa ibu tak lahirlah kita di dunia ini. Jaga la dia di saat dia pelukan kita. Ibu kita hanya seorang dan gunalah peluang yang ada ini untuk menghargainya.

Comments

  1. Dia bahagia di 'sana' insyaAllah..melihat kejayaan mu syg..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts