Janji


Ungkapan yang selalu aku ingat dalam diri aku. Yang membuatkan aku sentiasa bersyukur dengan apa yang diberikan oleh Nya. Memang aku akui hidup ini ibarat roda dan bumi ini juga bulat yang sentiasa berputar mengikut hukum alam. Ada masa aku berada di atas dan ada masa aku berada dibawah. Ada masa Allah membuka peluang kepada ku dan ada masa aku langsung tiada peluang. Kerana itu aku tidak pernah memandang rendah pada sesiapa pun dan aku tidak pernah merasa diri ini sempurna.

Namun, disekeliling ku, aku melihat ada yang merasakan dirinya sempurna tanpa menjeling kepada yang dibawah. Namun, bila terlalu tinggi jika terjatuh akan luka, tersungkur di bumi. Aku selalu ingatkan diri ini tiada yang sempurna di dunia ini. Tetapi ingin sempurna ada dalam visi aku dan aku sedang menuju ke arah kesempurnaan itu.... Itu pun jika dengan IzinNya.

Kini, aku meneruskan hidup ini dengan redha segala kehendakNya. Biar orang kata impian aku tak setinggi langit asalkan aku tahu aku masih berpijak pada bumi ini. Setiap orang ada prinsip begitu juga aku. Aku seorang yang sangat berpegang pada prinsip. Aku insan yang lemah dan hamba pada Nya. Aku menikmati hidup ini dengan nikmat yang diberikan seadanya... kerana aku tahu Dia sentiasa berada dengan ku.







Comments

Popular Posts